Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497588
Title: Kualiti air bawah tanah di Jajahan Kota Bharu dan Bachok, Kelantan
Authors: Mohd Zul Asyraf Mohd Kamal (P67904)
Supervisor: Noorazuan Md. Hashim, Dr.
Keywords: Air tanah
Kualiti
Kemudahterancaman
Keterdedahan
Pembangunan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 2-Mar-2017
Description: Jajahan Kota Bharu dan Bachok merupakan dua jajahan di Kelantan yang bergantung sepenuhnya kepada air tanah untuk kegunaan pertanian dan juga pembekalan air bersih. Ketiadaan kawasan rizab tadahan air serta bekalan alternatif dari punca sungai menambahkan tahap kemudahterancaman dan keterdedahan air tanah kepada krisis air. Pembangunan tanah dan pembandaran yang pesat bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kualiti air tanah malahan menggugat kelestarian sumber di masa hadapan. Justeru, kajian ini bertujuan menilai pengaruh aspek pertanian, pembandaran dan persekitaran semulajadi terhadap degradasi kualiti air tanah secara temporal bermula pada 1990 sehingga 2011. Kajian ini juga mengenalpasti permasalahan semasa dihadapi oleh pihak pengurusan dan mencadangkan langkah proaktif pengurusan air tanah. Penyiasatan saintifik ini berasaskan kepada pendekatan 'multi-method' melibatkan kaedah kuantitatif terhadap data numerikal air tanah serta analisis temubual pakar bidang. Penyaringan data serta analisis awalan untuk meningkatkan kebolehpercayaan terhadap data telah dilakukan yang melibatkan sembilan parameter kualiti air tanah utama. Hasil kajian mendapati air tanah di jajahan Kota Bharu lebih mudah terancam berbanding Bachok. Parameter seperti Ferum, Natrium, Kalium, Ammonium, Nitrat, Klorida dan Mangan telah melepasi tahap piawaian digariskan. Kandungan Klorida dikesan terlampau ekstrem di kedua-dua jajahan tersebut (melebihi 1,000 mg/l). Ini boleh dikaitkan dengan pengaruh persekitaran disebabkan oleh penerobosan air masin. Manakala pengaruh aktiviti manusia melalui pencemaran Ammonium juga berlaku di kedua-dua kawasan bermula pada 1990 melebihi dari nilai 6 mg/l. Analisis non-parametrik Kruskal-Wallis mendapati pencemaran Nitrat (akibat faktor pertanian) dan Natrium (faktor kemasinan) telah berubah secara signifikan di Jajahan Kota Bharu. Hasil temubual pakar membuktikan wujud ketidakcekapan dalam sistem pengurusan air tanah di Kelantan. Hasil kajian juga telah membuktikan bahawa wujudnya keperluan mendesak di dalam meneliti semula peruntukan undang-undang air bagi memastikan sumber air tanah terlindung di negeri Kelantan. Justeru, keseluruhan hasil kajian ini berguna bagi menentukan kelestarian dan memastikan perancangan kompetitif air tanah masa hadapan memandangkan kebergantungan terhadap sumber ini 100 peratus di kedua-dua lokasi kajian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 240
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97581+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
548.35 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.