Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497574
Title: | Kesan interaksi modal sosial dan faktor psikologi dalam teori lanjutan tingkah laku terancang terhadap niat menderma darah |
Authors: | Juliana Rosmidah Jaafar (P57998) |
Supervisor: | Asmawati Desa, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Derma darah Sosial Psikologi Niat Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 30-Dec-2016 |
Description: | Menurut Teori Lanjutan Tingkah laku Terancang (TLTT), tindakan individu lazimnya didorong oleh niat; dan niat dibentuk oleh faktor-faktor psikologi seperti sikap, norma subjektif, tanggapan kawalan tingkah laku, jangkaan penyesalan, tanggungjawab sosial, tabiat menderma dan identiti sebagai penderma darah. Dalam kesukarelawan kajian ini, TLTT diaplikasi, yang mana pendermaan darah didorong oleh faktor psikologi membentuk niat menderma darah. Namun hubungan antara faktor-faktor psikologi dan niat menderma darah mungkin berubah disebabkan oleh kewujudan modal sosial. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menguji peranan modal sosial sebagai moderator terhadap model TLTT dalam kalangan penderma darah. Kajian ini menggunakan kaedah campuran yang dijalankan dalam dua fasa, yang mana ia melibatkan 451 responden keseluruhannya. Temu bual dijalankan dalam Fasa I dan survei melalui borang soal selidik diagihkan dalam Fasa II. Dalam sesi temu bual, aspek motivasi menderma darah terhadap tindakan menderma darah telah diteroka ke atas dua puluh (20) penderma darah ulangan berkala menggunakan persampelan bertujuan. Fasa II menguji model kajian ke atas 431 penderma darah yang diperolehi secara persampelan rawak. Maklumat temu bual dianalisis secara bertema. Data survei dianalisis melalui ujian korelasi dan regresi pelbagai. Hasil temu bualmendapati bahawa aspek-aspek psikologi yang mempengaruhi niat menderma darah diperkukuhkan oleh Modal Sosial antara Penderma Darah (MSPD) dan Modal Sosial Generalisasi (MSG). Keputusan ujian regresi pelbagai mendapati bahawa jangkaan penyesalan dan identiti sebagai penderma darah merupakan peramal terhadap model kajian. Seterusnya, hasil regresi pelbagai turut mendapati bahawa interaksi MSG dan keprihatinan sosial telah melemahkan niat menderma darah. Kajian ini memberi pemahaman baru mengenai sumbangan faktor psikologi dan modal sosial dalam meramal niat menderma darah dan model baru TLTT turut dihasilkan melalui kajian ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 388 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97138+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 495.24 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.