Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497571
Title: Pengaruh faktor individu, keluarga dan persekitaran sosial terhadap tingkah laku penyalahgunaan bahan dalam kalangan remaja
Authors: Nor Azri Ahmad (P58546)
Supervisor: Rozmi Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Penyalahgunaan
Remaja
Adolescence -- Substance use
Issue Date: Aug-2016
Description: Prevalen salah guna bahan dalam kalangan remaja semakin meningkat iaitu sebanyak 9.25 peratus setahun di Malaysia. Sehubungan itu objektif kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana faktor individu (penghargaan kendiri, permasalahan diri dan kemahiran daya tindak); faktor keluarga (pengawasan ibu bapa, pengurusan keluarga, perapatan keluarga, keprihatinan keluarga dan tekanan hidup); dan faktor persekitaran sosial (persekitaran berisiko di sekolah dan komuniti serta persekitaran pelindung di sekolah dan komuniti) dan tingkah laku salah guna bahan. Kajian ini menggunakan metod survei melibatkan pengedaran soal selidik ke atas 480 responden remaja daripada populasi remaja berisiko tinggi dalam penyalahgunaan bahan. Responden dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata dan persampelan sistematik. Keputusan kajian menunjukkan 17 daripada 20 pemboleh ubah bebas kajian mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku berisiko salah guna bahan. Analisis regresi pelbagai ke atas tingkah laku salah guna bahan menunjukkan hanya lima (5) daripada 17 pemboleh ubah bebas yang diuji menjadi peramal utama kepada tingkah laku salah guna bahan. Pemboleh ubah risiko di sekolah dapat menerangkan sebanyak 45.5% daripada varians dalam tingkah laku salah guna bahan dan menjadi peramal yang dominan. Pemboleh ubah lain yang menjadi peramal yang dapat menerangkan varians dalam tingkah laku salah guna bahan adalah risiko di komuniti (3.7%), pelindung di sekolah (3.0%), permasalahan diri – masalah keluarga (1.2%) dan permasalahan diri – matlamat pekerjaan (0.6 %). Lima pemboleh ubah bebas tersebut boleh menerangkan sebanyak 53.5% varians dalam tingkah laku salah guna bahan dalam kalangan remaja. Dapatan kajian juga menunjukkan model ini signifikan (F=111.215, Sig-F=.000). Secara keseluruhan analisis regresi berganda kajian memberi gambaran jelas bahawa domain faktor persekitaran sosial amat penting dalam memahami keterlibatan remaja dalam penyalahgunaan bahan. Implikasi kajian ini mengarah kepada pihak berkuasa bertanggjung jawab terhadap pencegahan dan rawatan. Mereka perlu memberi penekanan khusus terhadap faktor persekitaran sosial iaitu faktor persekitaran sekolah dan faktor komuniti yang tidak kondusif dalam sebarang dasar atau pembinaan modul pencegahan salah guna bahan dalam kalangan remaja. Kajian selanjutnya perlu memfokus kepada faktor luaran lain yang tidak dikenalpasti melalui penyelidikan ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 356
Call Number: HQ799.M4N637 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96874+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
486.22 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.