Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497565
Title: Praktis kerja sosial dalam pengurusan kes kanak-kanak: kajian di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Authors: Sopian Brahim (P68255)
Supervisor: Mohd Suhaimi Mohamad, Dr.
Keywords: Kes kanak-kanak
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Masalah sosial
Kerja sosial
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Oct-2016
Description: Masalah sosial berkaitan kanak-kanak merupakan fenomena yang semakin membimbangkan kita pada hari ini. Justeru, pengurusan kes kanak-kanak akibat didera, diluar kawalan ibubapa, kanak-kanak terlibat jenayah dan remaja hamil luar nikah menjadi cabaran kepada pekerja kes kanak-kanak. Kajian ini bertujuan meneroka pengalaman praktis pekerja kes dalam pengurusan kes kanak-kanak. Perdebatan mengenai pengurusan kes dilihat dari konteks dan perspektif managerialist serta kompetensi praktis kerja sosial. Permasalahan kajian ini memfokuskan kepada kekurangan penyelidikan dalam praktis kerja sosial pengurusan kes kanak-kanak di Malaysia, mengimbangi keperluan klien-organisasi dalam pendekatan managerialist, praktis yang kabur dan tidak mengikut piawaian kompetensi kerja sosial kebangsaan, bebanan kerja, kekurangan latihan dan penyeliaan. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah teori grounded untuk menyelidiki lima objektif kajian iaitu mengenalpasti pengetahuan pekerja kes kanak-kanak, mengkaji nilai profesional pekerja kes kanak-kanak, menganalisis bentuk-bentuk kemahiran pekerja kes kanak-kanak, menganalisis cabaran yang dihadapi para pekerja kes kanak-kanak dan mencadangkan penambahbaikan pengurusan kes kanak-kanak. Data diperoleh menggunakan kaedah kumpulan perbincangan berfokus melibatkan seramai 27 orang pekerja kes kanak-kanak yang bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat sekitar Lembah Klang yang dipilih melalui pensampelan teoritikal. Transkrip data kualitatif dianalisis menggunakan Nvivo 10 dengan kaedah analisis teori grounded dan analisis kerangka. Dapatan kajian ditriangulasi melalui kaedah temu bual bersama empat orang informan utama. Kajian mendapati praktis kerja sosial berpaksikan kepada domain pengetahuan, nilai, dan kemahiran. Empat asas pengetahuan pengurusan kes kanak-kanak ialah kefahaman tentang konteks dan pengalaman klien, perancangan intervensi, perundangan, dasar dan prosedur serta kompeten dalam praktis pelbagai budaya. Manakala, empat nilai praktis profesional merangkumi hak klien sebagai individu, pendekatan praktis yang bersesuaian, komitmen terhadap kebajikan dan keadilan sosial dan nilai berasaskan agama dan moral. Seterusnya, lima kemahiran penting dalam pengurusan kes adalah kemahiran interpersonal, kognitif, penggunaan dan pengurusan sumber, pentadbiran, dan pembuatan keputusan. Selain itu, cabaran pengurusan kes pula meliputi komitmen keluarga, kredibiliti pekerja kes dan sistem sokongan. Kajian ini mencadangkan strategi penambahbaikan terhadap pengurusan sumber manusia, sistem organisasi dan dasar sedia ada. Kajian ini diharap dapat membantu pihak berkepentingan merangka dasar dan piawaian kompetensi praktis kerja sosial dalam pengurusan kes kanak-kanak yang praktikal, sistematik dan holistik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 547
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85398+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
562.3 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.