Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497560
Title: Gerakan pelajar di Indonesia dalam bingkai kekuasaan Orde Baru (1966-1998)
Authors: Mohammad Maiwan (P28778)
Supervisor: Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Gerakan pelajar
Orde Baru
Sosio-politik
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Jul-2016
Description: Kajian ini membincangkan dinamika gerakan pelajar di Indonesia pada masa Orde Baru daripada tahun 1966 sehingga 1998. Kajian meliputi perkembangan gerakan pelajar dan tindak balas negara ke atas mereka, serta impaknya ke atas gerakan pelajar keseluruhan di Indonesia. Penyelidikan ini bersifat kualitatif, menggunakan kaedah kepustakaan dan temu bual, dengan huraian secara deskriptif-analisis. Berasaskan konsep hegemoni Antonio Gramsci, kajian mendapati bagaimana tindakan hegemoni telah digunakan dalam masyarakat sivil, khasnya gerakan pelajar. Komuniti pelajar sebagai satu kekuatan sosial pada masa itu telah dipecah-belah, dijustifikasi, diintegrasikan ke dalam proses birokrasi dan kemudian dipertahankan melalui persetujuan sebagai kelas yang dikuasai. Tekanan negara yang kuat ke atas masyarakat secara automatik telah menyebabkan kedudukan pelajar terus terpinggir dan didominasi oleh negara. Bahkan selepas tahun 1970-an kerajaan telah berjaya menghegemoni mereka melalui pelbagai dasar dan taktik, seperti: penerapan dasar Normalisasi Kehidupan Kampus (NKK), penubuhan Badan Koordinasi Kemahasiswaan (BKK), kawalan aktiviti akademik, indoktrinasi fahaman, penubuhan Senat Mahasiswa Perguruan Tinggi (SMPT), serta penerapan konsep link and match di institusi pengajian tinggi. Sebagai impaknya, pada tahun 1980-an dan 1990-an gerakan pelajar Indonesia amat lemah, sementara sebahagian aktivitinya muncul dalam bentuk kelab-kelab perbincangan ataupun terbabit ke dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGOs). Sekalipun, pada dekad 1990-an berlaku penukaran strategi, di mana golongan aktivis pelajar terlibat ke dalam koalisi demokratik dengan pelbagai kumpulan di luar kerajaan, namun gerakan mereka masih bersifat sporadik dan terhad. Sepertimana golongan masyarakat sivil yang lain, gerakan pelajar malahan terjebak ke dalam gimik yang dimainkan oleh kerajaan dan bukan lagi menjadi pencabar yang serius ke atas sistem yang sedia ada. Di samping kerana secara politik telah ditundukkan dan dikuasai oleh negara, juga kerana mereka telah pun menyerap pandangan dominan negara, sehingga kehilangan idea alternatif yang boleh bersikap kritikal. Wacana dan visi yang dikembangkan pelajar, kemudiannya menjadi sama dengan wacana dan visi negara. Realitinya, gerakan pelajar di Indonesia pada masa Orde Baru berkait erat dengan perkembangan sosio-politik dan sifat rejim. Gerakan mereka hanya bangkit semula, ketika krisis ekonomi meletus, yang kemudian berakhir dengan kejatuhan Suharto pada tahun 1998. Oleh itu, terbukti bahawa daya tahan hegemoni ada batasnya dan ia tidak mungkin bertahan selama-lamanya. Sampai pada satu tahap tertentu tetap runtuh juga, kerana massa lambat laun sedar bahawa ia dihegemoni. Keadaan tersebut boleh berlaku kerana pelbagai pengaruh, baik yang bersifat luaran maupun dalaman seperti, globalisasi, perkembangan pesat teknologi dan maklumat, internet, media massa, kemajuan ekonomi, persekitaran politik antarabangsa, penerobosan idea-idea baru yang berhujung kepada pembentukan kesedaran di masyarakat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 437
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84657+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
334.77 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.