Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497555
Title: | Faktor peramal tingkah laku pencarian maklumat kesihatan di media sosial dalam kalangan pelajar universiti awam Malaysia |
Authors: | Mohammad Rezal Hamzah (P66706) |
Supervisor: | Emma Mirza Wati Mohamad, Dr. |
Keywords: | Maklumat kesihatan Media sosial Pelajar universiti awam Pola pencarian Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15-Sep-2016 |
Description: | Kewujudan teknologi media komunikasi baharu seperti media sosial telah meningkatkan kebergantungan pengguna kepada maklumat. Ciri-ciri media sosial yang dinamik turut mengubah pola pencarian maklumat termasuklah pencarian maklumat kesihatan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor peramal yang mempengaruhi tingkah laku pencarian maklumat kesihatan di media sosial dalam kalangan belia Malaysia. Kajian ini mengadaptasi Comprehensive Model of Information Seeking sebagai kerangka teori kajian. Instrumen kajian pula diadaptasi daripada Gratifications of Participating in Blog Activities, Health Motivation Scale, European Health Literacy Survey (HLS-EU), dan Management Self-Efficacy Scale yang disesuaikan dengan konteks kajian. Pemboleh ubah bebas kajian ini adalah faktor latar belakang (jantina, etnik, lokasi kediaman, pengalaman dalam kesihatan, efikasi kesihatan kendiri, motivasi kesihatan, literasi kesihatan, status kesihatan) dan faktor pembawa maklumat (kepercayaan kepada maklumat, kualiti maklumat, kebergunaan maklumat). Manakala pemboleh ubah bersandar kajian ini adalah tingkah laku pencarian maklumat kesihatan. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan keratan lintang menerusi soal-selidik tadbir sendiri. Sampel kajian melibatkan 1025 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dipilih menggunakan pensampelan rawak bertujuan. Empat Universiti dipilih mengikut pembahagian zon iaitu UniMAP, UM, UniSZA dan UTHM. Bagi menganalisis data kajian, Model Persamaan Struktur (Structural Equation Model) digunakan untuk menguji hipotesis kajian yang berkaitan dengan i) hubungan pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar dan ii) peranan perantara (penerimaan kebergunaan media sosial) terhadap hubungan antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 40.10 peratus faktor yang dikaji menyumbang kepada model pencarian maklumat kesihatan di media sosial dalam kalangan belia Malaysia. Faktor-faktor tersebut adalah etnik, lokasi kediaman, motivasi kesihatan, efikasi kesihatan, literasi kesihatan, kepercayaan kepada maklumat dan penerimaan kebergunaan media sosial. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa penerimaan kebergunaan media sosial berperanan sebagai perantara terhadap hubungan antara pemboleh ubah bebas (literasi kesihatan, efikasi kesihatan kendiri dan etnik) dan pemboleh ubah bersandar (tingkah laku pencarian maklumat kesihatan). Literasi kesihatan juga didapati sebagai penyumbang utama kepada model pencarian maklumat kesihatan dan memainkan peranan penting sebagai peramal tingkah laku pencarian maklumat kesihatan belia Malaysia. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa media sosial mempunyai potensi untuk menjadi sumber dan medium bagi belia Malaysia mendapatkan maklumat kesihatan bagi tujuan pengurusan kesihatan kendiri.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 314 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84653+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 382.81 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.