Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497553
Title: Rekonstruksi dan pengelompokan bahasa Makassar purba
Authors: Kaharuddin Abdul Rasyid (P53825)
Supervisor: Rahim Aman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Bahasa Makassar purba
Rekonstruksi
Klasifikasi
Fonem purba
Varian Makassar
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Aug-2016
Description: Kajian ini bertujuan mengenalpasti fonem, leksikal, dan morfem bahasa Makassar purba (BMsP) melalui rekonstruksi dan klasifikasi. Rekonstruksi bahasa Makassar purba (BMsP) dijalankan berdasarkan refleksi fonem, morfem, dan leksikal bahasa Makassar Purba (BMsP) kepada varian Makassar (VM) yang mengalami inovasi. Kaedah rekonstruksi yang digunakan ialah kaedah rekonstruksi dalaman. Pendekatan yang digunakan dalam upaya rekonstruksi dan klasifikasi ialah pendekatan perbandingan kualitatif. Kriteria rekonstruksi dimulakan dengan menyusun kata-kata sepadan yang berpotensi di antara varian-varian yang berkaitan, menentukan kata-kata kognat, menyusun set-set korespondensi bunyi yang dibandingkan, dan kriteria paling akhir adalah menentukan fonem purba bahasa Makassar purba (BMsP). Lima varian Makassar (VM) yang telah diselidiki ialah varian Lakiung (LK), varian Turatea (TRT), Bantaeng (BTG), varian Konjo (KJ), dan varian Selayar (SLY). Kajian menunjukkan bahawa bahasa Makassar purba (BMsP) memiliki 5 fonem vokal, iaitu /*a/, /*i/, /*u/, /*e/, dan /*o/ dan 18 buah konsonan, iaitu iaitu /*p/, /*b/, /*d/, /*t/, /*k/ ,/*ɡ/, /*s/, /*h/, /*ʦ/, /*ʤ/, /*r/, /*l/, /*m/, /*n/, /*ŋ/, /*ɲ/, /*w/, dan /*j/. Semua vokal dapat menduduki semua posisi kata sedangkan konsonan hanya dapat menduduki posisi awal dan akhir kata. Berdasarkan klasifikasi yang telah dilakukan pada aspek fonologi, morfologi, dan leksikal menunjukkan bahawa hubungan bahasa Makassar purba (BMsP) dengan Lakiung (LK), Bantaeng (BTG), dan Selayar (SLY) lebih dekat jika dibandingkan dengan Konjo (KJ) dan Selayar (SLY). Beberapa bukti yang menunjukkan jauh dekatnya hubungan bahasa Makassar purba (BMsP) dengan varian-varian Makassar dapat dilihat pada refleksi bahasa Makassar purba (BMsP) kepada setiap varian Makassar (VM). Refleksi fonem, morfem, dan leksikal bahasa Makassar purba (BMsP) kepada varian Makassar (VM) yang banyak mengalami inovasi lebih cenderung kepada Konjo (KJ) dan Selayar (SLY). Ini dapat dibuktikan berdasarkan inovasi fonem bahasa Makassar purba (BMsP) /*w/, /*b/, dan bunyi geluncur /*w/ dan /*j/ yang berubah menjadi /h/ dalam Konjo (KJ) dan Selayar (SLY). Selain itu, inovasi morfologi juga terlihat adanya awalan bahasa Makassar purba (BMsP) [*ni-] ˃ [ri-] dan akhiran bahasa Makassar purba (BMsP) [*-a] ˃ [-ia] dalam Konjo (KJ), serta adanya kata ganti bahasa Makassar purba (BMsP) [*-kuɁ] yang wujud sebagai [-uɁ] dalam Konjo (KJ) dan Selayar (SLY). Manakala refleksi fonem bahasa Makassar purba (BMsP) /w/,/b/,/*w/,/*j/ kepada Lakiung (LK), Turatea (TRT), dan Bantaeng (BTG) tetap wujud sebagai /w/,/b/,/w/,/j/. Awalan bahasa Makassar purba (BMsP) /*ni-/ dan akhiran bahasa Makassar purba (BMsP) /*-a/ serta kata ganti bahasa Makassar Purba (BMsP) [*-ku] juga wujud sebagai /ni-/, /-a/, dan /-kaɁ/ dalam Lakiung (LK), Turatea (TRT), dan Bantaeng (BTG). Bukti-bukti yang kukuh ini menunjukkan bahawa antara bahasa Makassar purba (BMsP) dengan Konjo (KJ) dan Selayar (SLY) mempunyai hubungan yang lebih jauh daripada hubungan antara bahasa Makassar purba (BMsP) dengan Lakiung (LK), Turatea (TRT) , dan Bantaeng (BTG). Penemuan ini memberi implikasi penting kepada kosa ilmu linguistik sejarawi, khususnya dalam kontek menilai kekerabatan antara bahasa-bahasa di Nusantara.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 352
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84650+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.