Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497545
Title: | Pemilihan calon Bupati dan Datuk Bandar di Lampung : strategi dan muslihat |
Authors: | Hertanto (P50748) |
Supervisor: | Nidzammuddin Sulaiman, Prof. Madya |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Calon Bupati Pilihan Raya |
Issue Date: | 5-Oct-2013 |
Description: | Persaingan yang kuat bagi pemilihan calon bupati dan datuk bandar dalam proses rekruitmen parti politik pada pilihan raya kepala daerah (pilkada) menyebabkan ramai calon menggunakan kaedah pragmatik. Tindakan pragmatik ini sering melalui cara ‘jalan pintas’ atau ‘jalan belakang’, nepotisme, tikam belakang, manipulasi, tipu daya, memanipulasi peraturan pemilihan, atau tidak mengikuti sistem, bahkan tidak mengikuti peraturan atau undang-undang. Permasalahan yang akan dikaji dalam penyelidikan ini adalah bagaimana strategi individu (bakal calon) untuk dipilih sebagai calon bupati dan datuk bandar oleh parti politik? Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji strategi yang digunakan oleh individu untuk dipilih menjadi calon bupati atau datuk bandar oleh pemimpin parti politik. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan hubungan transaksional. Penyelidikan dilakukan di Provinsi Lampung, Indonesia, pada tahun 2010, dengan metod dokumentasi dan temu bual. Temu bual dibuat dengan para calon bupati, datuk bandar, naib bupati, naib datuk bandar dan para pemimpin parti politik. Penemuan penyelidikan menunjukkan bahawa agar dipilih sebagai calon bupati dan datuk bandar atau naibnya, mereka menggunakan beberapa cara seperti strategi membeli banyak sokongan parti; nepotisme; tindakan pindah parti; menukar pasangan calon; dan menggunakan orang tengah. Strategi ini menyebabkan terjadinya hubungan transaksional sangat ketara antara calon dengan pemimpin yang menyokongnya. Apa yang unik di Lampung, hubungan ini turut diwarnai oleh sentimen primordial yang berlandaskan pada pertimbangan etnik, kerana calon yang dipilih cenderung hanya berasal daripada etnik Lampung dan Jawa. Fenomena transaksional primordialisme ini bertentangan dengan asas-asas demokrasi, mencabar peraturan formal yang ada, dan mengkritik amalan teori strukturalfungsionalisme. Rumusan kajian menunjukkan bahawa fenomena yang wujud dalam pencalonan bupati dan datuk bandar telah memperkuat teori transaksional dan mencabar teori struktural-fungsionalisme yang sudah mantap. Pendekatan transaksional ini bertindak sebagai alternatif kepada struktural-fungsionalisme. Fenomena transaksional primordialisme dalam pilkada ini pun menuntut perubahan peraturan normatif yang ada sebagai langkah penyesuaian dengan realiti semasa,Ph.D |
Pages: | 367 |
Call Number: | JF1001.H446 2014 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82253+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.46 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.