Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497539
Title: | Analisis struktur pasif bahasa Melayu: satu pendekatan minimalis |
Authors: | Kartini Abd Wahab (P43288) |
Supervisor: | Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Bahasa Melayu Struktur pasif Program Minimalis Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 23-Apr-2015 |
Description: | Kajian ini meneliti struktur pasif bahasa Melayu dengan menumpukan struktur pasif di-, struktur pasif afiks kosong dan struktur pasif alternasi ragam tersirat. Kajian terdahulu menjelaskan bahawa binaan struktur pasif bahasa Melayu terbit daripada Struktur Dalam yang sedia pasif manakala pergerakan dalam struktur pasif dicetuskan oleh keperluan penandaan kasus. Walau bagaimanapun perkembangan semasa teori tatabahasa generatif mempunyai beberapa pembaharuan yang dilihat mempunyai implikasi ke atas analisis struktur pasif. Sehubungan itu, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti binaan frasa struktur pasif bahasa Melayu, menganalisis pergerakan dalam struktur pasif bahasa Melayu dan menghuraikan mekanisme penyemakan fitur kasus dan teta dalam struktur pasif bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kerangka Program Minimalis. Untuk mencapai matlamat kajian yang dikemukakan, kajian ini mendakwa bahawa struktur pasif bahasa Melayu dapat dihuraikan dengan lebih baik dengan mengaplikasikan FK Berlapis. Dapatan daripada analisis struktur FK Berlapis, struktur pasif bahasa Melayu mengandungi dua lapisan frasa kerja, iaitu frasa kata kerja (FK) dan frasa kata kerja kecil (Fk). Kajian ini mendapati bahawa kepala k dalam struktur pasif bahasa Melayu mempunyai spesifier berganda selain spesifier jenis tunggal. Kajian ini secara terperinci membincangkan prinsip-prinsip yang mengawal penyemakan fitur dalam struktur pasif bahasa Melayu. Kajian ini menunjukkan bahawa pergerakan dalam struktur pasif dicetuskan oleh keperluan penyemakan fitur kuat tak berinterpretasi. Dengan berlandaskan andaian bahawa kasus dan teta adalah fitur tanpa nilai, kajian ini mendakwa bahawa kasus dan teta disemak in situ tanpa mencetuskan pergerakan. Fitur kuat tak berinterpretasi dan fitur tanpa nilai disemak menerusi operasi SERASI, dan masing-masing menerusi mekanisme pemadaman fitur dan penilaian fitur. Kajian ini menunjukkan bahawa Program Minimalis dapat digunakan untuk menghuraikan struktur pasif bahasa Melayu dengan berpada.,Ph.D. |
Pages: | 297 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81780+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.72 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.