Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497525
Title: Kebergantungan khalayak terhadap media dalam pemberitaan isu-isu konflik tenaga kerja Indonesia (TKI) di Malaysia: analisis akhbar Harian Fajar dan Tribun Timur
Authors: Arham Selo (P60515)
Supervisor: Fauziah Ahmad, Prof. Madya. Dr. Hjh.
Keywords: Tenaga Kerja Indonesia
Harian Fajar
Tribun Timur
Analisis akhbar
Pelaporan media cetak
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Dec-2016
Description: Kajian ini bertujuan untuk meneliti pelbagai pemberitaan konflik mengenai Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia yang dilaporkan oleh media cetak di Makassar, Sulawesi Selatan yang menjadi punca tercetusnya ketidakpuasan hati masyarakat tempatan. Media yang memaparkan hal konflik sepatutnya memenuhi piawai kredibiliti yang ditetapkan oleh organisasi berkenaan. Kajian ini menggunakan teori kebergantungan media yang dikemukakan oleh Ball-Rokeach dan DeFleur yang mengatakan pengaruh media menjadi lebih tinggi apabila khalayak semakin bergantung sepenuhnya kepada media. Penyelidikan ini dijalankan di provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia. Dua akhbar bercetak yang utama telah dipilih sebagai sumber penyelidikan iaitu Harian Fajar dan Tribun Timur kerana kedua-dua akhbar ini kerap melaporkan mengenai konflik Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia. Metodologi penyelidikan dalam kajian ini adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif menggunakan kumpulan fokus yang mempunyai 4 kumpulan dengan melibatkan seramai 28 informan; seterusnya kaedah kuantitatif menggunakan survei dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 384 responden. Dapatan menunjukkan masyarakat Sulawesi Selatan (Indonesia) mempunyai tahap kebergantungan khalayak yang tinggi terhadap media cetak yang melaporkan berita konflik TKI Indonesia di Malaysia. Khalayak terlalu bergantung kepada media sehinggakan mempercayai sepenuhnya apa yang disampaikan oleh media. Kajian ini juga mendapati bahawa ada tiga impak yang sangat berpengaruh daripada pemberitaan konflik kepada khalayak iaitu impak kognitif, afektif dan tingkah laku. Tahap ketiga tiga impak khalayak ini sangat ditentukan oleh sistem sosial dan sistem media. Pelbagai pelaporan media cetak Harian Fajar dan Tribun Timur tentang pemberitaan konflik mampu memancing emosi khalayak, sehingga khalayak merasa tidak puas hati. Namun pada pihak lain juga mengakui bahawa media bercetak Harian Fajar dan Tribun Timur memiliki kredibiliti dalam melaporkan berita konflik. Namun masalah ini boleh di atasi sekiranya berita yang ingin di sampaikan dilaporkan secara objektif, diplomasi dan berhemah agar ia tidak menyakitkan hati atau membakar emosi mana mana pihak secara personal. Pengamal media juga dapat menjadikan dapatan kajian ini sebagai satu panduan yang boleh digunapakai agar akhbar dapat melaporkan berita secara arif dan bijaksana. Hasil kajian ini mampu menjadi satu mutiara sumbangan ilmu dalam bidang media dan komunikasi khasnya yang meneroka tentang kebergantungan khalayak terhadap media.,Ph.D.
Pages: 312
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81707+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.89 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.