Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497524
Title: Makna pembelajaran silat dalam kalangan masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia
Authors: Jamilus (P45399)
Supervisor: Novel Lyndon, Prof. Madya Dr.
Keywords: Silat
Minangkabau
Aspek gerakan
Peranan sosial
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Jul-2015
Description: Silat adalah merupakan budaya dan identiti masyarakat Minangkabau. Penerimaan sebagai ahli dalam masyarakat Minangkabau adalah berasaskan pembelajaran dan pemahaman mereka tentang makna silat. Oleh sebab itu, objektif utama kajian ini ialah untuk memahami makna pembelajaran silat dari aspek gerakan dan peranan sosial dalam kehidupan masyarakat Minangkabau. Kajian ini menggunakan pendekatan fenomenologi berdasarkan ontologi idealis dan epistemologi konstruksionisme. Kajian ini telah dijalankan di dua buah kawasan di Sumatera Barat iaitu Luhak Agam dan Luhak Lima Puluh Kota. Sejumlah tiga orang tuo sulek silat telah dijadikan informan utama dalam kajian ini. Di samping itu, enam orang murid yang pernah dan lulus berguru dengan ketiga-tiga tuo sulek ini turut dipilih untuk dijadikan sebagai kumpulan perbincangan terfokus menggunakan teknik persampelan bukan kebarangkalian. Saiz tentang sampel kajian ini telah dicapai melalui sokongan yang berterusan terhadap ukuran dan kriteria tentang ketepuan teoritikal. Data dalam kajian ini telah dikutip dengan menggunakan teknik temubual mendalam dan perbincangan kumpulan terfokus secara informal. Hasil kajian mendapati makna pembelajaran silat dari aspek gerakan merujuk kepada ciri-ciri masyarakat Minangkabau yang tidak pernah menolak masalah atau idea baru secara serta merta. Cara penolakan mereka bukan dalam bentuk kekerasan tetapi melalui penolakan secara kiasan, penolakan melalui sikap dan perbuatan fizikal. Dari segi peranan sosial pula, pembelajaran silat merujuk kepada pengajaran. Silat mengajar seseorang individu untuk mengenal identiti diri sendiri sebagai ahli masyarakat Minangkabau. Kesimpulannya, makna pembelajaran silat Minangkabau telah dikonseptualisasikan oleh struktur kepemimpinan adat dan disimbolkan dengan pailaak-an sanduak bini.,Ph.D.
Pages: 259
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81706+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
566.16 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.