Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497517
Title: Pengaruh organisasi kesatuan dan komitmen kesatuan terhadap keberkesanan kesatuan: peranan sikap majikan dan penyertaan kesatuan sebagai pengantara
Authors: Balasubramaniam A. Tarumaraja (P64133)
Supervisor: Fatimah Omar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Organisasi kesatuan
Komitmen kesatuan
Keberkesanan kesatuan
Peranan majikan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Sep-2016
Description: Kajian-kajian lepas menunjukkan organisasi kesatuan dan komitmen kesatuan mempunyai hubungan yang signifikan dengan keberkesanan kesatuan. Walau bagaimanapun, masih kurang kajian yang dilakukan untuk melihat peranan pengantara dan penyederhana hubungan di antara konstruk-konstruk tersebut. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menguji pengaruh langsung organisasi kesatuan dan komitmen kesatuan sebagai peramal kepada keberkesanan kesatuan; pengaruh tidak langsung sikap majikan dan penyertaan kesatuan sebagai pengantara; dan peranan sektor kesatuan serta jenis kesatuan sebagai penyederhana. Kajian ini menggunakan lima alat pengukuran iaitu organisasi kesatuan oleh Mohamed; komitmen kesatuan oleh Bayazit; sikap majikan oleh Rose dan Mohamed; penyertaan kesatuan oleh Tetrick; dan keberkesanan kesatuan oleh Hammer bagi mengumpul data kajian. Seramai 676 responden iaitu pegawai kesatuan sekerja di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dipilih sebagai subjek dalam kajian dengan menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata dan responden diberikan tempoh masa selama dua minggu untuk menjawab serta mengembalikan soal selidik tersebut. Data dianalisis dengan menggunakan analisis pengesahan faktor (CFA) dan model persamaan struktur (SEM) dengan menggunakan program SPSS.21 dan AMOS 21. Analisis laluan yang dilakukan mendapati organisasi kesatuan, komitmen kesatuan, sikap majikan dan penyertaan kesatuan mempengaruhi keberkesanan kesatuan secara signifikan (38%). Organisasi kesatuan dan komitmen kesatuan mempengaruhi sikap majikan secara signifikan (17%). Organisasi kesatuan, komitmen kesatuan dan sikap majikan mempengaruhi penyertaan kesatuan secara signifikan (47%). Keputusan juga mendapati penyertaan kesatuan ialah pengantara separa bagi hubungan organisasi kesatuan dengan keberkesanan kesatuan; komitmen kesatuan dengan keberkesanan kesatuan; tetapi bukan bagi hubungan sikap majikan dengan keberkesanan kesatuan. Kajian turut menunjukkan sikap majikan bukan pengantara bagi hubungan organisasi kesatuan dengan keberkesanan kesatuan; komitmen kesatuan dengan keberkesanan kesatuan; serta organisasi kesatuan dengan penyertaan kesatuan. Begitu juga sikap majikan dan penyertaan kesatuan secara serentak bukan pengantara bagi hubungan organisasi kesatuan dengan keberkesanan kesatuan; serta komitmen kesatuan dengan keberkesanan kesatuan. Sementara sektor kesatuan ialah penyederhana penuh bagi hubungan organisasi kesatuan dengan keberkesanan kesatuan, manakala jenis kesatuan ialah penyederhana penuh bagi hubungan komitmen kesatuan dengan keberkesanan kesatuan. Justeru itu, keputusan kajian ini membuktikan bahawa model peramal keberkesanan kesatuan boleh digunakan oleh majikan, kesatuan sekerja dan kerajaan di peringkat tempatan.,Ph.D.
Pages: 238
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81697+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.