Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497516
Title: Hubungan gaya keibubapaan dan kefungsian keluarga dengan pendedahan kendiri dan pencapaian akademik
Authors: Md. Hanib Kemat (P37704)
Supervisor: Fatimah Yusooff, Prof. Madya Dr.
Keywords: Keibubapaan
Fungsi keluarga
Pencapaian akademik
Pendedahan kendiri
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Mar-2015
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara gaya keibubapaan dan fungsi keluarga dengan pendedahan kendiri dan pencapaian akademik pelajar di Kuala Lumpur. Subjek kajian terdiri daripada 217 orang pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah menengali di Kuala Lumpur. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik Childern's Reports of Parental Behavior Inventory (CRPBI) oleh Schaefer bagi mendapatkan maklumat gaya keibubapaan responden, manakala soal selidik The Self-Disclosure Questionnaire (TSDQ) oleh Jourard dan Lasakow bagi mendapatkan maklumat tahap pendedahan kendiri responden, dan soal selidik Family Assessment Device (FAD) oleh Nathan B. Epstein, Lawrence M. Baldwin, dan Duane S. Bishop, bagi mendapatkan maklumat kefungsian keluarga responden. Pencapaian akademik responden pula diukur berdasarkan pencapaian Penilaian Menengah Rendah 2009. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan alat statistik Korelasi Pearson, Ujian-t, ANOVA, Regresi dan MANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hubungan antara pemboleh ubah adalah signifikan. Hubungan gaya keibubapaan Autoritatif dengan pendedahan kendiri (r = 0.333, k < 0.05), gaya keibubapaan Permisif dengan pendedahan kendiri (r = 0.289, k < 0.05), gaya keibubapaan Autoritarian dengan pencapaian akademik (r = 0.208, k < 0.05), gaya keibubapaan Autoritatif dengan pencapaian akademik (r = 0.259, k < 0.05), gaya keibubapaan Permisif dengan pencapaian akademik (r = 0.309, k < 0.05), kefungsian keluarga dengan pendedahan kendiri (r = -0.331, k < 0.05), kefungsian keluarga dengan pencapaian akademik (r = -0.186, k < 0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan gaya keibubapan dan pendedahan kendiri mengikut jantina dan jenis sekolah. Di samping itu, terdapat juga perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian akademik dan kefungsian keluarga mengikut jenis sekolah dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian akademik dan kefungsian keluarga mengikut jantina. Hasil analisis Regresi juga menunjukkan bahawa gaya keibubapaan Autoritatif mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pendedahan kendiri ((3 = 0.333, k < 0.05), gaya keibubapaan Permisif mempunyai pengaruh terhadap pendedahan kendiri ((3 = 0.158, k < 0.05) dan kefungsian keluarga mempunyai pengaruh terhadap pendedahan kendiri = -0.206, k < 0.05). Gaya keibubapaan Permisif mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pencapaian akademik ((3 = 0.309, k < 0.05), dan gaya keibubapaan Autoritarian juga mempunyai pengaruh terhadap pencapaian akademik ((3 = 0.158, k < 0.05), Dapatan kajian ini membuktikan bahawa gaya keibubapaan dan kefungsian keluarga mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku pendedahan kendiri dan tahap pencapaian akademik responden. Implikasi, limitasi dan saranan untuk kajian akan datang juga turut dibincangkan dalam kajian ini.,Ph.D.
Pages: 407
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81696+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
985.83 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.