Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497503
Title: | Pembangunan bekas tapak pelupusan sebagai taman awam: peningkatan kualiti hidup masyarakat bandar di Malaysia |
Authors: | Mazifah Simis (P66710) |
Supervisor: | Azahan Awang, Dr. |
Keywords: | Tapak pelupusan Taman awam Kualiti hidup Masyarakat bandar Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 9-Jul-2015 |
Description: | Peningkatan penduduk, rebakan dan kekurangan ruang bandar khususnya ruang hijau meningkatkan keperluan pembangunan ruang tercemar sebagai satu pilihan baharu kewujudan bandar mampan. Menjadikan kategori B brownfield sebagai kajian kes, kajian ini merungkaikan kesesuaian pembangunan bekas tapak pelupusan sebagai taman awam untuk menjadi mekanisma pilihan utama membentuk persekitaran kualiti hidup yang lebih baik. Terdapat empat objektif dalam kajian ini. Pertama, mengenalpasti persepsi masyarakat dan pihak perancang terhadap bekas tapak pelupusan dan pembangunan bekas tapak pelupusan sebagai taman awam; kedua menganalisis kesesuaian pembangunan bekas tapak pelupusan sebagai taman awam menerusi penunjuk kualiti hidup; ketiga menganalisis kesesuaian pembangunan bekas tapak pelupusan sebagai taman awam menerusi penunjuk keselesaan persekitaran tempat tinggal; dan terakhir membuat penilaian terhadap potensi pembangunan bekas tapak pelupusan sebagai taman awam dalam rangka pembangunan bandar mampan di Malaysia. Seramai 375 penduduk daripada empat kawasan kajian (bekas tapak pelupusan Jinjang Utara, bekas tapak pelupusan Paka, Worldwide Landfill Park dan Taman Pasif Kuantan) dan 61 pegawai perancang di Pihak Berkuasa Tempatan dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian mendapati wujud perbezaan persepsi di antara masyarakat dan pihak perancang terhadap bekas tapak pelupusan. Namun dengan nilai kekerapan yang tinggi (97.06% dan 86.89%), kedua-dua pihak bersetuju dengan taman awam sebagai keutamaan jenis pembangunan. Kajian perbandingan mendapati penduduk di kawasan bekas tapak pelupusan yang dibangunkan sebagai taman awam mempunyai tahap kualiti hidup dan keselesaan persekitaran yang lebih tinggi (skor purata 87.19% dan 68.25%) berbanding dengan penduduk di kawasan bekas tapak pelupusan yang belum dibangunkan (skor purata 73.16% dan 37.41%). Peningkatan status kesihatan (74.58%), keselamatan (43.58%), kualiti udara (25.77%), pemandangan (50.31%) dan penyediaan ruang hijau (30.68%) di persekitaran tempat tinggal yang dirasai oleh penduduk di Worldwide Landfill Park dan Taman Pasif Kuantan menggambarkan impak positif dan kesesuaian pembangunan bekas tapak pelupusan sebagai taman awam. Pada tahun 2020, sejumlah 179 taman awam baharu (berkeluasan 450 hektar) dikenalpasti mampu menyediakan penambahan peluang rekreasi sosial kepada 225,000 warga bandar. Dirumuskan, pembangunan bekas tapak pelupusan sebagai taman awam dapat memenuhi keperluan masyarakat bandar menerusi peningkatan kualiti hidup dan persekitaran tempat tinggal. Menerusi pembangunannya, bandar di Malaysia mampu menjadi habitat yang dipersepsikan oleh masyarakat sebagai berstatus kualiti hidup baik.,Ph.D. |
Pages: | 358 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81390+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 620.98 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.