Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497501
Title: Bahasa berkias dan nilai Melayu: analisis pragmatik
Authors: Hawiyah Baba (P42111)
Supervisor: Nor Hashimah Jalaluddin, Prof. Dr.
Keywords: Bahasa berkias
Nilai Melayu
Pemikiran Melayu
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Sep-2015
Description: Kajian tentang bahasa berkias masyarakat Melayu telah banyak dijalankan tetapi fokus kajian lebih kepada makna atau pemikiran sahaja. Kajian yang mengaitkan makna dengan nilai dan pemikiran Melayu menggunakan data korpus masih belum diteroka. Kajian ini yang menggunakan Teori Relevans (TR) akan dapat mengisi kelompangan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan data korpus menjadi data primer untuk kajian ini. Data diperoleh daripada novel Pemburu Mimpi karya Saleha Hussin. Semua bahasa berkias yang ditemukan dalam novel sepanjang 1245 halaman ini dicatat dan dikategorikan sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, hiperbola dan metafora. Daripada 229 data bahasa berkias, 37.1% ialah perumpamaan, 34.5% adalah simpulan bahasa, 16.6% ialah pepatah, 6.9% ialah hiperbola dan 4.8% ialah metafora. Daripada data, orang Melayu dilihat lebih cenderung menggunakan perumpamaan dan simpulan bahasa kerana sifatnya yang ringkas dan tepat kepada makna. TR dibuktikan dapat membantu untuk merungkai proses kognitif yang terlibat sepanjang laluan pendengar / pembaca mencari makna sebenar bahasa berkias ini. Kajian membuktikan bahawa proses ad hoc peluasan dan proses Rangka Rujuk Silang (RRS) dapat dimanfaatkan bagi membantu proses pemahaman berlaku. Kedua-dua proses kognitif ini memandu pendengar menyelesaikan ketaksaan makna dan makna sebenar bahasa berkias itu berjaya diperoleh pendengar / pembaca. Kajian ini juga berjaya membuktikan bahawa penggunaan bahasa berkias ini merupakan serampang dua mata orang Melayu. Selain digunakan sebagai alat untuk mendidik, menyindir, menasihat, bahasa berkias juga merupakan medium untuk menyelitkan pengajaran nilai Melayu kepada audien. Nilai yang ditemukan ialah nilai malu dan konsep pujian, nilai air muka dan nilai perbezaan darjat sosial dalam masyarakat. Kajian bahasa berkias mencerminkan bahawa pemikiran Melayu bersifat pragmatik. Kajian yang menggunakan data korpus ini telah dapat memantapkan kajian makna dan pemikiran Melayu.,Ph.D.
Pages: 341
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81387+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.