Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497495
Title: | Pemulihan fungsi fizikal di kalangan pesakit strok : pengenalpastian peramal pemboleh ubah psikologi |
Authors: | Shazli Ezzat Ghazali (P51843) |
Supervisor: | Asmawati Desa, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Strok Pemulihan fizikal Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-May-2015 |
Description: | Strok merupakan penyebab utama kurang upaya fizikal. Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh pemboleh ubah psikologi terhadap pemulihan fungsi fizikal (PFF) pesakit strok. Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh faktor kognitif (representasi penyakit yang terdiri daripada identiti, had masa, kesan, kawalan, kefahaman penyakit dan respons emosi) dan emosi(kebimbangan, kemurungan dan simptom tekanan pasca trauma)ke atas PFF; dan mengenalpasti peranan lokus kawalan pemulihan (LKP) sebagai pengantara ke atas PFF. Kajian jangka panjang dengan dua garis masa (6minggu dan 6bulan selepas serangan strok)yangdijalankan melibatkan 129 responden yangberjaya melalui ujian saringan kognitif Adderbrooke's Cognitive Examination Revised(ACER). Alat ujian Recovery of Locus Control(RLOC), Illness Perception Questionnaire –Psychometrically Shorten[IPQ-R(PS)], Impact of Event Scale-Revised(IES-R), Hospital Anxiety and Depression Scale(HADS), dan Barthel Activity Daily Living(Barthel ADL)telah ditadbir melalui kaedah temuduga bersemuka.Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan PFFmengikut faktor demografi pesakit. Manakala PFF pula mempunyai hubungan yang signifikandenganbeberapafaktorkognitif dan emosi pada 6minggudan 6 bulan selepas strok. Selepas mengawal faktor demografiuntuk garis masa 1 dan 2, empat faktorkognitif iaitu kawalan rawatan, kesan penyakit, had masa dan kawalan personal(6 minggu) dan had masa, kawalan rawatan dan kesan penyakit (6 bulan) menjadi peramal PFF. Untuk faktor emosi pula, juga selepas mengawal faktor demografi pesakit, hanya satu faktor emosisahaja iaitu kemurungan yang meramal PFR selepas 6 bulan serangan strok. Kajian ini mendapati peranan faktor kognitif lebih dominan daripada faktor emosi dalam meramal PFF. Selain itu, KLPmenjadi pengantara penuh ke atas hubungan dua komponen kognitifiaitu kefahamanpenyakit dan kesan penyakit serta pengantara separa hadmasa dan kawalan personalpada 6 minggu selepas strok. Manakala garis masa 6 bulan, KLP menjadi pengantara penuh bagi dua faktor kognitif iaitu had masa dan kesan penyakit dan pengantara separa bagi kawalan personal dan kefahaman penyakit. Bagi faktor emosi pula, KLP merupakan pengantara separa ke atas hubungan kemurungandengan PFF (6 minggu) dan pengantara separa kepada kemurungan, gangguan dan kebangkitan hiper dengan PFF (6 bulan). Kajian ini menunjukkan faktor kognitif dan emosi meramal PFF selepas strok. Hasil kajian ini berpotensi dijadikan panduan untuk membentuk program intervensi yang efektif dengan memberi penekanan kepada keperluan psikologi pesakit strok bagi meningkatkan pemulihan fizikal mereka.,Ph.D. |
Pages: | 358 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81210+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 966 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.