Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497485
Title: Terms for god in Indonesian and Malay: a sociolinguistic study of form, meaning and reference
Authors: Wehrli Andre (P62789)
Supervisor: Associate Professor Dr. Norsimah Mat Awal
Keywords: Term for god
Differences between Indonesian and Malaysian
Muslim and Christian
God-name
Issue Date: 8-Oct-2014
Description: Speakers of Indonesian and Malay use terms for God in a variety of ways, depending on their background. Differences can also be observed when the domains of everyday usage, usage in sermons and interfaith discussions, as well as usage in the Qur'an and the Bible are compared. These differences may lead to misunderstandings, not only during inter-religious communication but also within one's own faith. Therefore, the aim of this study is to identify the terms used for God in Indonesian and Malay, how they are used and why they are used in a particular way. For that purpose, form, meaning and reference of the used terms are investigated. The data for the analysis of terms for God was collected from three sources consisting of the different domains looked at: First, forty-eight semi-structured interviews conducted among Muslims and Christians in Malaysia and Indonesia; second, sermons and interfaith discussions; and third, sample surahs in the Qur'an and sample books in the Bible. The findings of this study show that the most often used terms are Allah and Tuhan. Differences are mainly found between Muslim and Christian speakers and between domains. While Christians mainly use the terms Allah and Tuhan synonymously, Muslims seldom do. While Muslims usually use the term Allah only for the One they worship, they use the term Tuhan for both, the One they worship as well as for other gods. Christians, on the other hand, very seldom refer to other gods by using the term Tuhan, but mainly to the One they worship. Comparing the usage across the various domains, a significant difference can be found where general terms meaning 'lord' in original Scriptures are rendered by the term Tuhan, which in everyday language is understood to be divine. Based on the findings, some recommendations are presented, especially for the translations of Scripture. These include the possible renderings for terms literally meaning 'lord' when referring to God and when referring to humans or other concepts.,Penutur bahasa Indonesia dan bahasa Melayu menggunakan istilah untuk Tuhan dengan pelbagai cara, bergantung pada latar belakang mereka. Perbezaan juga boleh dikesan antara pelbagai domain seperti penggunaan harian, penggunaan di dalam khutbah dan komunikasi antaragama, dan penggunaan di dalam al-Quran dan Alkitab. Perbezaan-perbezaan ini boleh menyebabkan salah faham, bukan hanya dalam komunikasi antaragama, tetapi juga di antara mereka yang sama agama. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti istilah-istilah yang digunakan untuk Tuhan dalam bahasa Indonesia dan bahasa Melayu, bagaimana istilah-istilah tersebut digunakan dan mengapa istilah tersebut digunakan sedemikian cara. Untuk mencapai tujuan ini, bentuk, makna dan rujukan istilah-istilah yang digunakan telah dikaji. Data kajian didapati dari tiga sumber yang terdiri daripada ketiga domain yang dikaji, iaitu pertama, empat puluh lapan temu bual separa-berstruktur dan informannya adalah orang Islam dan Kristian dari Indonesia dan Malaysia, kedua, khutbah dan perbincangan antaragama, dan ketiga. surah terpilih dalam al-Quran dan buku terpilih dalam Alkitab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa istilah yang paling sering digunakan ialah 'Allah' dan 'Tuhan'. Perbezaan utama didapati antara penutur Islam dan Kristian dan antara domain. Manakala orang Kristian menggunakan istilah 'Allah' dan 'Tuhan' terutama secara sinonim, orang Muslim jarang menggunakannya secara sinonim. Manakala orang Muslim biasanya menggunakan istilah 'Allah' hanya untuk yang disembah mereka, istilah 'Tuhan' digunakan untuk merujuk kepada yang disembah dan juga kepada tuhan-tuhan lain. Sementara itu, orang Kristian jarang sekali merujuk kepada tuhan-tuhan lain dengan menggunakan istilah 'Tuhan', biasanya hanya kepada yang mereka sembah. Dengan membandingkan penggunaan di dalam pelbagai domain, perbezaan yang signifikan boleh didapati di mana istilahistilah umum yang bermakna 'tuan' di dalam kitab-kitab asli diterjemahkan dengan menggunakan istilah 'Tuhan', yang dalam penggunaan harian difahami sebagai istilah ilahi. Berasaskan dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan, terutamanya untuk terjemahan kitab-kitab suci. Cadangan tersebut termasuk terjemahan istilah istilah yang secara literal bermakna 'tuan', bilamana istilah-istilah tersebut merujuk kepada Tuhan dan bilamana merujuk kepada manusia atau konsep lain.,Ph.D
Pages: 308
Call Number: BT180.N2W446 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81048+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.