Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497464
Title: | The role of NGOs in the living conditions of internally displaced persons (IDPs) in Khartoum, Sudan |
Authors: | Sumaia Dafaalla Ahmed Elamin (P44143) |
Supervisor: | Junaenah Sulehan, Associate Professor Dr. |
Keywords: | Role of NGOs Refuge (Humanitarian assistance) - Sudan |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Kajian ini meneliti peranan pertubuhan bukan kerajaan dalam keadaan hidup pelarian dalaman di Khartoum, Sudan. Kajian ini mempunyai dua objektif. Objektif pertama meneliti sejauh manakah perkhidmatan sosio ekonomi pertubuhan bukan kerajaan telah mempengaruhi kepuasan pelarian dalaman terhadap keadaan kehidupan mereka dari perspektif pelarian dalaman itu sendiri. Objektif kedua mengkaji pandangan pertubuhan bukan kerajaan dari segi peranan mereka dalam menyediakan perkhidmatan sosio ekonomi kepada pelarian dalaman. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data utama telah dikumpulkan melalui dua alat penggumpulan data, iaitu tinjauan soal selidik dan temubual separa-struktur. Borang soal selidik telah dikendalikan dalam kalangan pelarian dalaman di empat khemah di wilayah Khartoum (Al Salam, Wad Al Bashir, Mayo dan Jebel Awlia). Temubual separa-struktur telah dijalankan bersama beberapa informan utama di enam pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa dan empat pertubuhan bukan kerajaan tempatan. Kajian ini merujuk kepada kerangka teori institusional dalam merangka faktor sosio ekonomi. Model kajian ini telah dibina berdasarkan literatur yang mengetengahkan keadaan hidup sebagai pembolehubah bersandar manakala faktor sosio ekonomi (perumahan, perkhidmatan kewangan, perhubungan dengan kerajaan, pengalaman penyertaan sosial dan pendidikan) merupakan pembolehubah tidak bersandar. Persampelan kebarangkalian telah digunakan untuk kaji selidik sampel isi rumah pelarian dalaman. Saiz sampel sebanyak 300 isi rumah yang dipilih dari 4 khemah pelarian. Empat khemah tersebut mengandungi 20 kelompok khemah atau quarters. Lima belas isi rumah atau keluarga dipilih dari setiap kelompok khemah itu. Untuk menganalisis data kuantitatif, analisis deskriptif dan analisis regresi telah digunakan. Manakala analisis data kualitatif melibatkan analisis deskriptif dengan menggunakan maklumat naratif daripada informan-informan utama pihak NGO. Hasil dapatan utama mendedahkan bahawa pertubuhan bukan kerajaan tidak menyumbang kepada peningkatan keadaan hidup pelarian dalaman di Khartoum dari segi perumahan, pendidikan dan keadaan ekonomi. Peranan mereka di Khartoum cuma di tahap bantuan sahaja dan tidak pernah mencapai tahap pembangunan mahupun pemulihan. Kajian ini menyumbang kepada korpus ilmu dengan memperlihatkan lima faktor sosio ekonomi yang mempunyai kesan ke atas kepuasan pelarian dalaman terhadap keadaan hidup mereka. Ia boleh membantu dalam menilai kemajuan pelarian dalaman dari satu tahap ke tahap yang lain. Kajian ini mencadangkan bahawa usaha-usaha pertubuhan bukan kerajaan juga perlu diperluaskan ke arah menyediakan bantuan kemanusiaan di tahap pemulihan (pembangunan).,This study explores the role of non-government organizations (NGOs) in influencing the living conditions of internally displaced persons (IDPs) in Khartoum, Sudan. The aims of this study are twofold, to examine the extent to which the NGOs' socio-economic services affect the IDPs' view of the satisfaction on their living conditions, and to explore the views of the NGOs' in terms of their role in providing social economic services to the IDPs. This study uses both quantitative and qualitative approaches which entail the used of two data collection tools to collect the primary data, namely questionnaire surveys and semi-structured interviews. The questionnaire surveys administered among the IDPs in 4 camps in Khartoum state (Al Salam, Wad Al Bashir, Mayo and Jebel Awlia). The semi-structured interviews were conducted with six international NGOs and 4 local NGOs. This study adopted an institutional theoretical framework in identifying the socio-economic factors. This study derived its model based on the literature where living conditions satisfaction was the dependent variable while identifying the NGOs' social economic services (house, financial services, government relation, social participation experiences and education) as independent variables. The household sample survey of IDPs used a probability sampling framework. A sample size of 300 households, were drawn from 4 IDPs camps. The four camps consisted of 20 quarters. The researcher had sampled 15 households from each quarter. To analyze the quantitative data, descriptive and regression analysis were used. The qualitative data analysis uses narrative descriptions given by key informants from the selected NGOs. The key findings reveal that the NGOs have not contributed to the improved living conditions of the IDPs in Khartoum in terms of housing, education and economic situation. Their roles in Khartoum were only at the relief stage and never reached the development/recovery stage. The study has contributed to the body of knowledge in demonstrating the five socio-economic factors that have an influential effect on the IDP's satisfaction of their living conditions. This study can help test the progress of the IDPs from one stage to another. The study recommends that the efforts of the NGOs should also be extended to providing humanitarian aid for the recovery (development) stage.,PhD |
Pages: | 187 |
Call Number: | HV640.5.S9 E434 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_79979+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 115.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.