Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497456
Title: Dimensi antarabangsa dalam konflik dalaman : analisis terhadap penglibatan pihak antarabangsa dalam penyelesaian konflik di Aceh-Indonesia
Authors: Iskandar Zulkarnaen (P53760)
Supervisor: Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Penglibatan pihak antarabangsa
Konflik di Aceh-Indonesia
Aceh (Indonesia)
Issue Date: 18-Apr-2014
Description: Penyelidikan ini mengkaji peranan pihak ketiga khususnya NGO antarabangsa dalam mediasi konflik dalaman sebuah negara. Kajian ini menggembleng kedua-dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif. Secara kuantitatif, pengumpulan data dilakukan dengan teknik penyebaran soal selidik dengan sasaran jumlah 500 informan. Penyebarannya dilakukan di lima kabupaten/daerah di Aceh. Tujuan utama dari penyelidikan ini adalah untuk melakukan kajian teoritik terhadap peranan dan pembabitan pihak ketiga dalam penyelesaian konflik dalaman sebuah negara. Kajian ini mengambil kes dua NGO antarabangsa iaitu Henry Dunant Centre (HDC) dan Crisis Management Initiative (CMI). Kedua-dua NGO tersebut berperanan sebagai pihak ketiga dalam melakukan mediasi bagi menamatkan konflik Aceh secara damai pada era tahun 2000an. Namun demikian, hasil yang diperoleh oleh kedua-duanya berbeza. HDC gagal, manakala CMI berjaya. Perbezaan hasil inilah yang menjadi kajian utama untuk menjelaskan mengapa hal tersebut boleh terjadi. Perbezaan hasil ini juga merupakan sebuah cabaran sekaligus evaluasi bagi para teorisi resolusi konflik dalaman terhadap beragam asumsinya. Selain itu, kajian ini juga membahas soalan kontekstual yang muncul setelah adanya perdamaian, khususnya transformasi GAM dari gerakan pemisah menuju gerakan politik dalam wadah Negara Kesatuan Republik Indonesia. Hasil kajian menunjukkan bahawa meskipun sukar, NGO masih dapat menjalankan peranan sebagai mediator yang berjaya dalam resolusi konflik, khususnya dalam perspektif liberalisme. Perbedaan hasil antara HDC dan CMI adalah bukti bahawa tidak semua upaya NGO berhasil. Cabaran pertamanya adalah sikap penolakan dari kelompok yang bertikai dalam menerima kehadiran pihak asing yang akan diterjemahkannya sebagai intervensi terhadap kedaulatan. Berikutnya, keberhasilan memediasi konflik sangat ditentukan oleh kemampuan NGO tersebut dalam mengasaskan berbagai tuntutan dan teknik mediasi. Ketiga, NGO semata-mata ternyata sukar untuk memaksakan perdamaian tanpa adanya keterlibatan organisasi antarabangsa. Terakhir, NGO juga harus bijak membaca situasi yang terjadi di lapangan antara pihak yang bertikai, apakah pihak yang berseteru sudah siap berdamai atau belum. Kondisi tersebut dinamakan sebagai jalan buntu (hurtling stalemate) untuk membangun kesepakatan damai. Karenanya, hasil kajian ini secara teoritik adalah menekankan bahawa ada prasyarat tertentu bagi NGO yang terlibat dalam penyelesaian konflik dalaman agar upayanya berhasil baik,PhD
Pages: 309
Call Number: DS646.15.A8I845 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_79882+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.