Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497455
Title: | Patuturan : jati diri dan akar budaya kebruneian |
Authors: | Maslin Haji Jukim/Jukin (P35849) |
Supervisor: | Shaiful Bahri Md. Radzi, Dr. |
Keywords: | Jati diri Budaya rakyat Brunei Brunei literature |
Issue Date: | 25-Mar-2014 |
Description: | Kajian ini membicarakan folklor Brunei dengan tumpuan khusus ke atas genre sastera rakyat berbentuk prosa. Sebagai bentuk sastera terawal sesuatu bangsa, genre ini merupakan luahan perasaan, gagasan harapan, akal budi dan juga jati diri masyarakat pemiliknya. Dalam konteks masyarakat Melayu Brunei, perbincangan tentang jati diri disandarkan kepada konsep Melayu Islam Beraja (MIB) yang dibina berasaskan karya sastera bertulis yang dicipta lebih kemudian ketika masyarakat itu berada di tahap yang lebih maju dan celek huruf. Sekiranya ditelusuri secara mendalam, elemen individu, keluarga dan masyarakat yang menjadi teras komponen jati diri Brunei itu sebenar sudah sedia tertanam dalam sastera rakyat yang tercipta ketika masyarakat berada di tahap pemikiran yang begitu sederhana dan buta huruf lagi. Data kajian ini adalah genre sastera rakyat berbentuk prosa yang dikenali sebagai patuturan oleh masyarakat pemiliknya yang meliputi antaranya cerita mitos, legenda, cerita binatang, cali (cerita jenaka) dan diandangan (lipur lara). Data kajian ini dikumpulkan menerusi kerja lapangan yang telah dijalankan sepanjang tahun 2006 hingga 2012 di serata daerah di Brunei serta meliputi cerita yang telah diterbitkan. Kajian ini berorentasikan pendekatan folklor turut juga menggunakan teori strukturlisme-fungsional bagi membuktikan bahawa konsep jati diri Brunei itu telah sedia difahami dan diamalkan seperti terpancar dalam sastera rakyatnya. Penemuan kajian membuktikan bahawa sastera rakyat Brunei memiliki ciri unik iaitu kecenderungan menyampaikan mesej dan unsur teladan secara negatif berbanding genre serupa dalam folklor Melayu umumnya. Dalam konteks jati diri, kualiti diri individu yang menitikberatkan tentang nilai budi pekerti, budi bicara dan budi bahasa telah sedia tertanam dan tergambar dalam patuturan. Kemesraan, maruah, peranan dan tanggungjawab, dangansanak, kebersihan, sangkut, yang tua dituakan dan pamadulian yang menjadi set kualiti tingkah laku keluarga turut sama diungkap dalam patuturan. Selari dengan ini, elemen masyarakat yang dibina atas individu dan keluarga yang mementingkan nilai hubungan sosial antaranya kepercayaan, kefahaman, bertolak-ansur, awar-galat, mamucang-mucang, inda camah mata dan keikhlasan tidak ketinggalan menjadi suatu mesej dan teladan yang dipentingkan untuk dijalin dalam genre patuturan oleh pengarang untuk disampaikan kepada khalayaknya.,PhD |
Pages: | 337 |
Call Number: | PL5104.Z9M347 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_79881+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.69 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.