Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497433
Title: | Keberkesanan intervensi keluarga dalam merawat tingkah laku delinkuen pesalah remaja |
Authors: | Rusni A. Ghani (P45375) |
Supervisor: | Fatimah Yusooff, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Intervensi keluarga Tingkah laku delinkuen Remaja Juvenile delinquency Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4-Jan-2013 |
Description: | Kajian kuasai eksperimental ini dijalankan bertujuan untuk mengukur kesan intervensi keluarga ke atas tingkah laku delinkuen, kefungsian keluarga, herotan kognitif dan kemurungan dalam kalangan pesalah jenayah remaja dan mengukur kesan intervensi keluarga ke atas kefungsian keluarga ibu bapa. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui proses dan perkembangan terapi keluarga. Subjek kajian ini terdiri daripada 18 orang pesalah jenayah remaja yang menerima perintah bon berkelakuan baik dengan perintah tambahan bengkel interaktif bersama 18 ibu dan 18 bapa masing-masing dan 18 orang pesalah jenayah remaja yang hanya menerima perintah bon berkelakuan baik tanpa perintah tambahan bengkel interaktif. Kefungsian keluarga, tingkah laku delinkuen, herotan kognitif, dan kemurungan diukur menggunakan soal selidik laporan kendiri. Subjek rawatan diberikan enam sesi terapi keluarga dalam jangka masa 2 - 3 bulan selama 50 ke 90 minit bagi setiap sesi. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis pola data kajian pra, ujian t digunakan untuk perbandingan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan, korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti inter-korelasi antara delinkuen dengan kefungsian keluarga, herotan kognitif dan kemurungan, ujian SPANOVA digunakan untuk mengukur kesan terapi keluarga ke atas pesalah remaja, ujian ANOVA sehala pengukuran perulangan digunakan untuk mengukur kesan terapi keluarga ke atas ibu bapa dan analisis trend digunakan untuk menggambarkan perubahan min ujian pra dan ujian pasca. Analisis kualitatif digunakan untuk meneroka proses dan perkembangan terapi keluarga. Hasil kajian menunjukkan terapi keluarga berkesan secara signifikan dalam meningkatkan kefungsian keluarga mengikut persepsi ibu bapa dan anak, mengurangkan tingkah laku delinkuen, herotan kognitif dan kemurungan pesalah remaja.,Ph.D. |
Pages: | 489 |
Call Number: | HV9069.R847 2013 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75024+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.74 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.