Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497432
Title: Keberkesanan Kaunseling Individu Dan Kaunseling Kelompok Terapi Tingkah Laku Kognitif Serta Program Sistem Penalti Dalam Menangani Masalah Tingkah Laku Pelajar Sekolah Menengah
Authors: Sukumar Subramaniam (P36038)
Supervisor: Fatimah Yusooff, Prof.Madya Dr.
Keywords: Cognitive therapy for teenagers
Issue Date: 4-Apr-2013
Description: Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan kaunseling individu (KI-CBT) dan kaunseling kelompok terapi tingkah laku kognitif (KK-CBT) serta Program Sistem Penalti (PSP) dalam menangani masalah tingkah laku yang berpunca daripada masalah interpersonal (IP), perlakuan atau perasaan tidak wajar (IBF), kemurungan (D) dan simptom-simptom fizikal atau ketakutan (PSF) dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti jenis intervensi yang paling efektif. Kesan masa yang dilewatkan bagi setiap jenis intervensi juga dikaji melalui ujian susulan yang dijalankan dua bulan selepas tamatnya tempoh intervensi. Sebanyak 32 pelajar lelaki dan 32 pelajar perempuan Tingkatan 4 daripada 6 buah sekolah menengah di daerah Klang, Selangor telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan untuk menyempurnakan kajian kuasi-eksperimental ini. Subjek kajian dibahagi kepada 8 kumpulan iaitu dua kumpulan kawalan dan enam kumpulan eksperimen. Skor diukur menggunakan Skala Penilaian Tingkah Laku Devereux, yang diisi oleh para guru yang dipilih sebagai pemerhati subjek kajian. Kajian kuantitatif disokong dengan kajian pelbagai kes bersifat kualitatif. Skor data kuantitatif dianalisis menggunakan ANOVA sehala, MANKOVA dan Post Hoc Tukey pada tahap keyakinan .05 manakala data kualitatif pula telah dianalisis dengan analisis tematik. Kajian ini menghasilkan beberapa keputusan. Pertama, kumpulan KI-CBT dan KK-CBT menunjukkan pengurangan yang signifikan dalam masalah tingkah laku yang berpunca daripada masalah IP, IBF, D dan PSF manakala kumpulan PSP menunjukkan pengurangan yang signifikan dalam masalah tingkah laku yang berkaitan dengan IBF berbanding dengan kumpulan kawalan. Kedua, KK-CBT terbukti sebagai intervensi yang paling efektif. Ketiga, kumpulan KK-CBT berjaya menunjukkan kesan masa dilewatkan yang signifikan dalam menangani masalah tingkah laku yang berpunca daripada masalah IP, IBF, D dan PSF manakala kumpulan yang diberi KI-CBT pula menunjukkan kesan masa dilewatkan yang signifikan dalam menangani masalah tingkah laku yang berkaitan dengan IP dan PSF berbanding dengan kumpulan kawalan dua bulan selepas tempoh intervensi. Penemuan kajian kuantitatif disokong oleh dapatan analisis tematik. Dapatan kajian ini mempunyai implikasi yang signifikan terhadap dasar pendidikan kerajaan, bidang ilmu kaunseling, amalan kaunseling di sekolah serta penggunaan CBT dalam menangani masalah tingkah laku pelajar sekolah menengah.,PhD
Pages: 437
Call Number: LB2343 .S845 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75016+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.