Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497416
Title: Peranan negara dalam mengendalikan kumpulan Islamis: kajian di Malaysia, Turki dan Indonesia
Authors: Wan Nik Wan Yussof (P39164)
Supervisor: Mohammad Agus Yusoff, Prof. Madya Dato' Dr.
Keywords: Peranan negara
Mengendalikan kumpulan islamis
Kumpulan Islamis
Malaysia
Turki
Indonesia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 4-Feb-2014
Description: Tesis ini mengkaji peranan negara dalam mengendalikan kumpulan Islamis di Malaysia, Turki dan Indonesia. Fokus utamanya adalah untuk menilai keberkesanan peranan kerajaan dalam mengawal kumpulan Islamis radikal. Data primer dikutip melalui kaedah temu bual intensif dengan informan autoritatif, manakala data sekunder pula diperoleh melalui buku, jurnal, monograf, dokumen, akhbar dan hasil kajian lepas. Bagi memandu tesis ini, kerangka teori digunakan untuk menganalisis peranan negara dari segi (i) penyertaan efektif, (ii) autoritarian efektif, (iii) penyertaan inefektif, dan (iv) autoritarian inefektif. Hasil kajian mendapati tiga negara yang dikaji menggunakan tiga strategi penting dalam mengawal kumpulan Islamis dari mengancam keselamatan negara masing-masing. Pertama, mendorong kumpulan Islamis menggunakan strategi damai bagi mencapai matlamat perjuangan mereka dengan cara menciptakan saluran institusi formal bagi menyertai politik negara. Strategi ini bagi mengelakkan kumpulan ini berasa terpinggir sehingga mendorong timbulnya penyertaan politik bukan konvensional ataupun gerakan ‘bawah tanah’ yang bersifat kekerasan. Kedua, memadamkan penyertaan politik bukan konvensional dengan cara menguatkuasakan undang-undang dan ketertiban serta menyediakan layanan dan kehidupan yang baik kepada rakyat untuk mendapatkan legitimasi. Strategi ini bertujuan untuk menyekat kumpulan Islamis radikal menggunakan peluang dan kesempatan dari perasaan tidak puas hati rakyat untuk mendapat sokongan sehingga boleh menjejaskan keabsahan negara. Ketiga, menggunakan strategi mobilisasi untuk mempengaruhi kumpulan Islamis dengan cara yang positif. Hasil kajian ke atas tiga buah negara mendapati Malaysia dan Turki sejak dari awal lagi telah berjaya mengawal kumpulan Islamis dengan menggunakan strategi penyertaan efektif, manakala Indonesia baru sahaja berjaya apabila rejim Orde Baru jatuh pada tahun 1998. Reformasi politik telah berjaya merubah arah peranan negara Indonesia daripada autoritarian efektif kepada penyertaan efektif. Dengan penemuan tersebut, tesis ini menyumbang kepada memperkayakan khazanah ilmu politik dalam dua aspek. Pertama, tesis ini menunjukkan peranan negara adalah sangat penting dalam politik nasional untuk mewujudkan kestabilan dan ketertiban politik. Hasil keseluruhan analisis mendapati Malaysia adalah negara yang paling berjaya mengendalikan kumpulan Islamis agar ia tidak bertindak menggunakan cara kekerasan. Ini kerana peranan penyertaan efektif yang dijalankan oleh Malaysia berjaya menyediakan saluran institusi formal kepada kumpulan Islamis untuk terlibat dalam politik dan juga kerana keupayaan kerajaannya mengurus kesejahteraan hidup rakyat. Kedua, tesis ini mendapati penyertaan luas yang diberikan oleh kerajaan kepada kumpulan Islamis dan strateginya dalam menyediakan layanan serta perkhidmatan yang baik kepada rakyat telah berjaya merubah landskap politik yang penuh kekerasan ke arah penyertaan politik damai. Indonesia yang pada masa Orde Baru menggunakan pendekatan autoritarian efektif telah berubah menggunakan pendekatan penyertaan efektif setelah jatuhnya rejim Orde Baru Soeharto. Akhirnya Indonesia turut berjaya mengendalikan kumpulan Islamis daripada penyertaan politik bukan konvensional ke arah penyertaan efektif.,PhD
Pages: 318
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74809+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.