Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497400
Title: Kualiti hidup masyarakat nelayan di Sumatera Barat, Indonesia
Authors: Noviarti (P29296)
Supervisor: Jamaluddin Md. Jahi, Prof. Datuk Dr.
Keywords: Masyarakat
Nelayan
Sumatera Barat
Indonesia
Fisheries -- Indonesia
Issue Date: 26-Apr-2012
Description: Kualiti hidup masyarakat nelayan di Padang, Sumatera Barat, Indonesia hingga ke hari ini masih tergolong rendah dibandingkan komuniti lain, walaupun pelbagai program telah dijalankan pemerintah untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Kajian ini bertujuan untuk meneliti kualiti hidup masyarakat nelayan dengan menumpukan kepada aspek persekitaran. Kajian ini dijalankan di Kota Padang Sumatera Barat, Indonesia. Empat komponen utama kualiti hidup yang dikaji iaitu komponen persekitaran sosial, ekonomi, fizikal dan ketersampaian berasaskan 10 penunjuk. Penunjuk yang digunapakai adalah pendidikan, kesihatan, kehidupan keluarga, akses bandar, pendapatan dan agihan, persekitaran kerja, perumahan, alam sekitar fizikal, keselamatan, pengangkutan dan perhubungan. Data diperolehi melalui soal selidik terhadap 271 isi rumah nelayan berdasarkan kawasan bandar dan luar bandar. Hasil kajian membuktikan bahawa kualiti hidup masyarakat nelayan tidak setanding atau dengan kata lain lebih rendah dibanding kualiti hidup masyarakat Kota Padang secara umum. Didapati kualiti hidup isi rumah nelayan hanya bersifat sederhana rendah iaitu dengan purata skor 65.16%. Sedangkan kualiti hidup penduduk Kota Padang secara keseluruhan adalah sederhana tinggi iaitu dengan purata skor 76.60%. Melalui Ujian t didapati wujud perbezaan yang signifikan kualiti hidup di kalangan isi rumah nelayan yang tinggal di bandar dan di luar bandar (p=0.00). Profil purata tahap kualiti hidup berdasarkan aspek komponen persekitaran sosial (69.24%), komponen persekitaran fizikal (67.13%), dan ketersampaian (73.07%) adalah bersifat sederhana tinggi, sedangkan bagi komponen persekitaran ekonomi (51.19%) adalah bersifat sederhana rendah. Dapatan ini menunjukkan wujudnya ketidakseimbangan diantara komponen kualiti hidup. Analisis korelasi Pearson berkaitan hubungan di antara komponen kualiti hidup menunjukkan bahawa wujud hubungan yang signifikan antara komponen sosial dan ketersampaian (p=0.000) dan komponen ekonomi dengan ketersampaian (p=0.005). Kajian juga mendapati bahawa purata tahap kualiti hidup isi rumah nelayan di bandar lebih tinggi (67.60%), dibanding purata tahap kualiti hidup isi rumah nelayan luar bandar (61.68%). Berdasarkan analisis diskriminan dikenalpasti bahawa nelayan yang punya kualiti hidup tinggi adalah nelayan yang tinggal dibandar, mempunyai pekerjaan sampingan, taraf pendidikan sekolah menengah, isterinya bekerja, ketersampaian tinggi pada infrastruktur. Bagi mempertingkatkan kualiti ekonomi keluarga, strategi adaptasi yang dilakukan isi rumah nelayan adalah melalui penglibatan ahli isi rumah bekerja. Didapati 36.9 peratus nelayan melakukan kerja sampingan selain menjadi nelayan, 44.3 peratus, isteri nelayan bekerja dan 17.3 peratus daripada anak mereka ikut serta bekerja sebagai nelayan. Adalah dicadangkan dalam rangka untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat nelayan pihak pemerintah perlu mengambil kira ke empat-empat komponen untuk meminimumkan perbezaan kualiti hidup antara komuniti nelayan di bandar dan luar bandar.,Ph.D
Pages: 270
Call Number: HN980.N648 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74638+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.