Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497391
Title: Pilihanraya Dan Tingkah Laku Pengundi: Kajian Kes Terhadap Wilayah Persekutuan Labuan
Authors: Mohd. Azri Ibrahim (P41050)
Supervisor: Sity Daud, Prof.Madya Dr.
Keywords: Pilihanraya Wilayah Persekutuan Labuan
Tingkah Laku Pengundi Di Labuan
Politik Wilayah Persekutuan Labuan
Voting-Malaysia
Issue Date: 9-Feb-2013
Description: Kajian ini membincangkan tingkah laku politik dengan memfokus kepada tingkah laku pengundi dalam sistem demokrasi. Prinsip asas yang menunjangi sistem demokrasi ialah hak rakyat untuk memilih kerajaan iaitu kerajaan yang akan memerintah menerusi amalan pilihanraya yang adil, bebas dan telus. Kajian ini telah memilih tingkah laku pengundi-pengundi di Wilayah Persekutuan Labuan menerusi pilihanraya umum 2008 sebagai kajian kes. Pilihanraya di Malaysia telah memperlihatkan tingkah laku pengundi yang boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kredibiliti calon, pegangan agama, kekuatan parti, kedudukan ekonomi, kepentingan isu dan sebagainya. Proses pilihan raya dan pengundian ini akan mewujudkan kesesuaian dan persetujuan antara rakyat yang memilih dengan wakil atau parti yang dipilih. Oleh itu, permasalahan kajian ini adalah berkaitan dengan mengenalpasti keutamaan tingkah laku pengundi di Pulau Labuan berdasarkan kepada tiga pendekatan iaitu pendekatan sosiologikal, pendekatan identifikasi parti dan pendekatan pilihan rasional. Objektif utama kajian ini ialah mengkaji tingkah laku pengundi semasa proses pilihan raya berdasarkan tiga pendekatan tersebut dan kaitannya dengan kesedaran politik, penyertaan politik, sumber maklumat dan isu-isu pilihanraya. Kajian ini telah menggunakan kaedah penyelidikan yang berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif yang digunakan adalah seperti proses temubual intensif yang melibatkan 21 orang, rujukan buku, laporan, journal dan artikel. Manakala kaedah kuantitatif pula adalah berbentuk soal selidik yang melibatkan 310 responden. Menerusi kaedah ini soal selidik telah diproses dengan menggunakan perisian komputer SPSS dan kaedah analisis diskriptif dan inferensi telah digunakan seperti peratusan, kekerapan, purata, anova, ujian t, kolarasi dan regrasi. Hasil kajian ini mendapati bahawa ketiga-tiga pendekatan dalam tingkah laku pengundi tersebut adalah relevan di Malaysia umumnya dan Pulau Labuan khususnya. Tingkah laku pengundi di Labuan telah memperlihatkan bahawa pendekatan pilihan rasional lebih dominan berbanding dengan pendekatan identifikasi parti dan sosiologikal. Ini menunjukkan bahawa pengundi lebih mengutamakan kepentingan yang memperlihatkan keuntungan kepada mereka terutamanya yang berkaitan dengan ekonomi, kebajikan, pembangunan, kemudahan dan sebagainya. Kajian ini telah dapat memberi pemahaman dan meningkatkan pengetahuan terhadap tingkah laku pengundi serta kaitannya dengan sumber maklumat dan isu-isu pilihanraya. Oleh itu ianya merupakan sesuatu yang sangat penting dan relevan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses tingkah laku politik dan pilihanraya. Secara rumusannya dapat difahami bahawa tingkah laku pengundi dalam proses pilihanraya merupakan suatu tindakan yang boleh dipengaruhi oleh aspek sosial, politik dan ekonomi serta kaitannya dengan sumber maklumat dan isu-isu pilihanraya.,PhD
Pages: 408
Call Number: JA76 .M833 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71648+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.