Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497388
Title: | Indonesia Dan ASEAN: Kajian Perubahan Dasar Luar Indonesia Pasca Era Pembaharuan |
Authors: | Darwis (P33280) |
Supervisor: | Mohd Kamarulnizam Abdullah, Prof. Dr. |
Keywords: | Perubahan Dasar Luar Indonesia Pasca Era Pembaharuan International relations-Indonesia |
Issue Date: | 25-Sep-2013 |
Description: | Indonesia telah memainkan peranan yang penting dalam ASEAN sejak tahun 1967. Walau bagaimanapun, krisis ekonomi 1997/1998 dan peningkatan konflik antara agama dan aktiviti pengganas di beberapa daerah Indonesia telah menjejaskan peranan Indonesia di ASEAN. Ini adalah satu kajian perubahan dasar luar Indonesia dalam diplomasi ASEAN. Soalan utama kajian ini bertujuan untuk menjawab apakah krisis ekonomi, isu-isu politik dan keselamatan dalaman mempunyai kesan kepada peranan kepimpinan Indonesia di Asia Tenggara? Soalan kedua untuk kajian ialah mengapa Indonesia semakin memainkan peranan penting diplomatik di luar konteks ASEAN. Oleh itu, objektif kajian ini untuk menganalisis kepentingan rantau Asia Tenggara kepada dasar luar Indonesia dan usahanya untuk memainkan peranan penting sebagai pelakon utama di Asia Tenggara dalam era rejim Soeharto; Menganalisis sejauhmana faktor dalaman telah menjejaskan peranan Indonesia di dalam ASEAN; Mengenalpasti orientasi dasar luar Indonesia pasca Orde Baru; dan menganalisis keinginan Indonesia untuk memainkan peranan yang penting dalam arena politik antarabangsa yang lebih luas. Kajian ini menggunakan teknik penyelidikan kualitatif. Data primer yang dikumpul melalui temu bual dengan pelbagai nara sumber utama di Indonesia, seperti ahli akademik dan pelakon dasar terutamanya pegawai diplomat, ahli parlimen dan pemerhati dalam bidang hubungan antarabangsa dan dasar luar. Data sekunder telah dikumpulkan daripada beberapa perpustakaan dan lain-lain institusi pendidikan di Malaysia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Kajian ini mendapati dasar luar Indonesia pasca Soeharto lebih tertumpu kepada isu-isu domestik dan Jakarta semakin kurang memainkan peranan yang penting dalam ASEAN. Pucuk kepemimpinan keberatan untuk menggunakan ASEAN sebagai satu mekanisme untuk meneruskan kepentingan nasional Indonesia selepas krisis ekonomi pada tahun 1997/1998. Akibatnya, mereka lebih suka menggunakan cara kerjasama ekonomi yang lain di luar ASEAN untuk mencapai kepentingan nasional negara. Kajian ini juga mendapati bahawa pelaksanaan dasar luar Indonesia tidak lagi tertumpu kepada rantau Asia Tenggara tetapi menekankan kerjasama pelbagai hala di luar ASEAN dalam mencapai kepentingan nasional Indonesia.,PhD |
Pages: | 237 |
Call Number: | JZ1242 .D346 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71637+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.52 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.