Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497384
Title: | Adat minangkabau sebagai asas governans kelestarian di Sumatera Barat: kemitraan antara pendekatan moden dan tradisional |
Authors: | Warnis (P41038) |
Supervisor: | Abdul Hadi Harman Shah, Prof. Madya |
Keywords: | Minangkabau Moden Tradisional Minangkabau (Indonesian people) -- Sumatra (Indonesia) |
Issue Date: | 6-Jun-2013 |
Description: | Pembangunan lestari memerlukan suatu bentuk urustadbir atau governans yang juga memiliki ciri-ciri kelestarian. Julat kemungkinannya terangkum dari bentuk governans sedia ada yang diandaikan sudah sesuai untuk memungkinkan pembangunan lestari hingga kepada suatu bentuk governans yang dicipta khusus untuk memastikan pembangunan lestari. Realitinya mana-mana sistem governans yang mendukung sesebuah komuniti atau masyarakat itu tidak bergerak di atas landasan tabula rasa dan ahistoric, tanpa sejarah atau budaya yang telah wujud sebelumnya. Malahan suatu sistem governans yang berkesan perlu mengambil kira kebergantungan laluan yang menghasilkan bentuk masyarakat hari ini. Hanya dengan memahami dan menggembeling nilai masyarakat setempat dan sistem urustadbir terdahulu, akan berhasilnya suatu sistem governans yang cenderung ke arah kelestarian.Tesis ini menelusuri adat Minangkabau sebagai nilai masyarakat setempat yang berpotensi menjadi landasan governans kelestarian masa kini. Kajian bersifat kualitatif yang mendasari tesis ini, menggunakan kaedah analisis dokumen dan temubual mendalam, membentuk suatu pengkategorian governans kelestarian berasaskan elemen-elemen yang wujud dalam adat dan masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, dirungkai dari kata-kata adat dan teromba Minangkabau. Sebelas kategori elemen governans kelestarian telah dikenal pasti termasuk demokrasi, kedinamisan kepimpinan, suara dari bawah, autonomi, pandangan masa hadapan, penglibatan, kepelbagaian, dominasi informal, pertanggungjawaban mendatar dan menegak, undang-undang dan hukum, dan peranan wanita. Kesemua ini dicari kesignifikanan semasanya menerusi temubual yang dijalankan dengan informan-informan utama dari kalangan ketua kampung, penghulu, tokoh adat, ahli intelektual, Lembaga Kerapatan Adat Alam Minangkabau, Kerapatan Adat Nagari, Bundo Kanduang, pihak kerajaan, tokoh agama dan penduduk awam. Kajian mendapati pelbagai elemen governans kelestarian yang terdapat dalam adat Minangkabau namun tahap penerimaan masyarakat terhadap elemen-elemen ini berbeza-beza. Kajian juga menunjukkan terdapatnya amalan tradisional yang mempunyai ciri governans kelestarian yang telah ditinggalkan, dan ambil alih governans moden. Kajian ini menyimpulkan bahawa terdapat pelbagai elemen dalam Adat Minangkabau yang berpotensi menyumbang kepada kefahaman dan pembentukan governans kelestarian bukan sahaja untuk penduduk di Sumatera Barat, tetapi juga untuk masyarakat duniaannya.,Ph.D |
Pages: | 346 |
Call Number: | DS632.M4.W346 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71622+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.67 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.