Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488122
Title: Proses Kaunseling Keluarga Dalam Kalangan Pengamal Kaunseling Keluarga di Malaysia
Authors: Norhayati Mohd Noor
Supervisor: Prof. Zuria bt. Mahmud
Keywords: Kaunseling
Pengamal
Issue Date: 15-Aug-2012
Description: Kaunseling keluarga merupakan salah satu intervensi dalam perkhidmatan keluarga dalam membina kesejahteraan keluarga di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif kajian kes pelbagai 'setting' bertujuan untuk meninjau fonomena proses kaunseling keluarga yang dijalankan oleh pengamal di Malaysia dengan kaedah temu bual secara mendalam, pemerhatian dan analisis dokurnen. Peserta kajian dalam kajian adalah 12 pengamal kaunseling keluarga dari tiga pusat perkhidmatan kaunseling. Kajian ini mempunyai lima persolan kajian iaitu untuk (i) mengenalpasti jenis kes yang dikendalikan, jumlah kes dan punca masalah dalam proses kaunseling keluarga (ii) mengenalpasti hubungan awal dalam proses kaunseling keluarga (iii) meneroka proses kaunseling keluarga (iv) mengenalpasti pendekatan dan kemahiran yang digunakan dalam kaunseling keluarga dan (v) meneroka dorongan dan cabaran proses kaunseling keluarga dalam kalangan pengamal kaunseling keluarga di pelbagai 'setting'di Malaysia. Kaedah analisis kes bersilang berdasarkan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen ke atas pengamal kaunseling keluarga telah dilaksanakan menggunakan perisian Nvivo 8. Dalam kajian ini telah terhasil 190 tema dan sub tema dari 12 orang peserta kajian. Basil kajian menunjukkan terdapat beberapa persamaan dan perbezaan proses kaunseling keluarga di Malaysia dengan kerangka proses di negara Barat Persamaan dan perbezaan ini berlaku di semua peringkat proses kaunseling, kemahiran, pengunaan teknik, penggunaan teori, dan cabaran dalam amalan. Basil dapatan kajian juga menunjukkan proses kaunseling keluarga dalam kalangan pengamal di Malaysia terikat kepada pendidikan dan latihan yang diterima oleh pengamal, konteks agama, budaya, nilai dan SES keluarga dan masyarakat di Malaysia. Maka kajian ini memberi sumbangan kepada pemawaran proses kaunseling keluarga yang amat diperlukan dalam memantapkan institusi kekeluargaan dan mampu menjadi intervensi dalam membina generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang.,Doktor Falsafah
Pages: 526
Call Number: BF636.6.N645 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71372+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.