Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488113
Title: | Faktor penyumbang terhadap kesejahteraan psikologi dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling |
Authors: | Nur Jannah Bali Mahomed (P96373) |
Supervisor: | Ku Suhaila Ku Johari, Dr. |
Keywords: | Educational psychology Mental health Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Jul-2021 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap belas kasihan kendiri, efikasi kendiri kaunseling, kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual, daya tahan dan kesejahteraan psikologi Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) sekolah menengah. Selain itu, perbezaan berdasarkan tempoh pengalaman bekerja serta hubungan belas kasihan kendiri, efikasi kendiri kaunseling, kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan daya tahan dengan kesejahteraan psikologi turut dikaji. Seterusnya, kajian ini juga mengenal pasti dan meneroka faktor yang menyumbang serta bagaimana faktor tersebut dapat menyumbang terhadap kesejahteraan psikologi GBK. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan (sequential explanatory mixed method) iaitu reka bentuk tinjauan bagi kaedah kuantitatif sebagai pendekatan utama dan reka bentuk kajian kes bagi kaedah kualitatif sebagai data sokongan. Kajian kuantitatif melibatkan seramai 330 GBK di sekolah menengah yang dipilih secara rawak berkelompok dari empat Pejabat Pendidikan Daerah di negeri Selangor. Sementara itu, data kajian kualitatif menggunakan kaedah temu bual terhadap tujuh orang GBK yang dipilih secara pensampelan bertujuan. Keputusan kajian mendapati tahap belas kasihan kendiri, efikasi kendiri kaunseling, kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual adalah tinggi, sementara tahap daya tahan dan kesejahteraan psikologi GBK pula adalah sederhana. Manakala dapatan ujian ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan kesejahteraan psikologi dari segi tempoh pengalaman bekerja, [F (3, 326) = 2.807, p=0.04]. Di samping itu, kajian turut mengenal pasti terdapat hubungan yang signifikan antara kesejahteraan psikologi GBK dengan belas kasihan kendiri (r=.677), efikasi kendiri kaunseling (r=.657), kecerdasan emosi (r=.664), kecerdasan spiritual (r=.617) dan daya tahan (r=.698). Hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa daya tahan sebagai penyumbang terbesar iaitu 48%, diikuti dengan efikasi kendiri kaunseling sebanyak 14.3%, belas kasihan kendiri 4.7%, kecerdasan spiritual sebanyak 3% dan kecerdasan emosi menyumbang sebanyak 1% varian masing-masing kepada kesejahteraan psikologi GBK. Manakala analisis secara tematik melalui data temu bual menyokong bahawa daya tahan sebagai penyumbang utama kepada kesejahteraan psikologi. Kajian ini memberi implikasi bahawa belas kasihan kendiri, efikasi kendiri kaunseling, kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan daya tahan dimasukkan dalam kurikulum pendidikan GBK. Cadangan kepada kajian lanjutan adalah memfokuskan sumbangan faktor sokongan sosial terhadap kesejahteraan psikologi GBK. Selain itu, tumpuan kajian lanjutan juga adalah dengan membina modul daya tahan dan meneliti keberkesanan modul tersebut terhadap kesejahteraan psikologi GBK.,Ph.D |
Pages: | 413 |
Call Number: | LB1050.75.T48N847 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_127543+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.44 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.