Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488107
Title: Pengurusan perubahan dan pengurusan teknologi serta pengaruhnya terhadap pengintegrasian teknologi di sekolah
Authors: Wan Mohd Khairul Wan Isa (P88447)
Supervisor: Mohamed Yusoff Mohd Nor, Dr.
Keywords: Educational technology
Technology management
Technolgy in school
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Apr-2021
Description: Perkembangan pendidikan era digital masa kini menuntut pemimpin pendidikan agar peka kepada perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Walau bagaimanapun, kegagalan pemimpin pendidikan untuk memahami keperluan pendidikan masa kini menyebabkan mereka menghadapi masalah dan berdepan dengan cabaran untuk memimpin dan mengurus perubahan serta teknologi dengan berkesan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengurusan perubahan dan pengurusan teknologi dalam kalangan pengetua dalam usaha meningkatkan pengintegrasian teknologi di sekolah. Kajian ini turut mengkaji hubungan dan sumbangan pengurusan perubahan dan pengurusan teknologi terhadap pengintegrasian teknologi di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui pendekatan kuantitatif sepenuhnya dengan mentadbir soal selidik soalan tertutup. Teknik pensampelan kelompok pelbagai peringkat iaitu kaedah kebarangkalian berkadaran saiz mengikut negeri dan rawak mudah digunakan bagi menentukan responden kajian. Seramai 580 orang guru SMK di zon tengah Semenanjung Malaysia (Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya) telah dipilih sebagai responden kajian ini. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa amalan pengurusan perubahan dan pengurusan teknologi pengetua serta pengintegrasian teknologi guru secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Seterusnya, ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi amalan pengurusan perubahan pengetua berdasarkan bilangan kursus berkaitan teknologi yang dihadiri namun tidak terdapat perbezaan berdasarkan lokasi sekolah dan pengalaman menjadi pengetua. Manakala amalan pengurusan teknologi pengetua didapati mempunyai perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman menjadi pengetua tetapi tidak terdapat perbezaan berdasarkan lokasi sekolah dan bilangan kursus berkaitan teknologi yang dihadiri. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan pengurusan perubahan pengetua dengan amalan pengintegrasian teknologi guru dengan kekuatan hubungan pada tahap rendah. Hubungan yang signifikan juga wujud antara amalan pengurusan teknologi pengetua dengan amalan pengintegrasian teknologi guru dengan kekuatan hubungan pada tahap tinggi. Seterusnya, analisis regresi mendapati dua daripada enam subdimensi amalan pengurusan perubahan iaitu visi dan perancangan serta aktiviti harian menyumbang sebagai faktor peramal kepada amalan pengintegrasian teknologi guru. Tiga daripada lapan dimensi amalan pengurusan teknologi juga didapati memberi sumbangan sebagai faktor peramal kepada amalan pengintegrasian teknologi guru. Hasil analisis regresi berhierarki pula mendapati kesemua dimensi amalan pengurusan teknologi iaitu kepimpinan dan perkongsian visi, kakitangan yang mahir dalam pengajaran dan pembelajaran, komunikasi dan kolaborasi dalam komuniti, infrastruktur dan sokongan teknikal, bajet dan pembiayaan, pembelajaran dan pembangunan profesionalisme, perancangan dan pelaksanaan serta dasar sokongan instruksional memainkan peranan selaku moderator kepada hubungan antara amalan pengurusan perubahan pengetua dan amalan pengintegrasian teknologi guru dengan saiz kekuatan yang sederhana. Kajian ini membuktikan bahawa amalan pengurusan perubahan dan pengurusan teknologi dalam kalangan pengetua sememangnya mempengaruhi amalan pengintegrasian teknologi guru di sekolah. Kesimpulannya, elemen kompetensi pengurusan perubahan dan pengurusan teknologi dalam kalangan pengetua merupakan elemen pengurusan yang perlu dititik beratkan oleh pihak KPM dalam usaha meningkatkan pengintegrasian teknologi di sekolah.,Ph.D
Pages: 333
Call Number: LB1028.3.W336 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127537+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.