Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488102
Title: Model pemikiran reka bentuk pelajar sains dan teknikal di institusi pengajian tinggi dalam menghasilkan produk inovatif
Authors: Nur Shifa' Najihah Abd Razak (P79291)
Supervisor: Nor Aishah Buang, Prof. Dr.
Keywords: Reka bentuk
Pemikiran inovatif
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Mar-2021
Description: Kajian ini bertujuan meneroka bagaimana dimensi-dimensi pemikiran reka bentuk mempengaruhi pemikiran reka bentuk. Kajian ini juga meneroka bagaimana konsep pemikiran inovatif dan faktor pengalaman pemikiran reka bentuk mempengaruhi dimensi-dimensi pemikiran reka bentuk. Spesifiknya, tujuan kajian adalah untuk meneroka konsep-konsep yang diperolehi dari dapatan kajian bagi membantu dalam menghasilkan produk inovatif seterusnya mencadangkan model pemikiran reka bentuk pelajar sains dan teknikal di Institusi Pengajian Tinggi dalam menghasilkan produk inovatif. Kajian yang dijalankan adalah melalui pendekatan penyelidikan kualitatif dan reka bentuk kajian kes berdasarkan kepada penyelesaian masalah dalam isu graduan kurang berfikir untuk menghasilkan produk inovatif dan kurang berkeinginan untuk menceburi bidang keusahawanan. Dapatan kajian diperolehi melalui temu bual mendalam 10 orang pelajar PhD sains dan teknikal di IPT dan mempunyai pengalaman bekerja melebihi 10 tahun dalam inovasi reka bentuk, berpengalaman mengaplikasi pemikiran reka bentuk, dan terlibat dengan keusahawanan. Dapatan kajian juga dianalisis dengan menggunakan Analisis Perbandingan Berterusan (Constant Comparative Analysis) berbantukan perisian Nvivo serta ditriangulasi dengan data pemerhatian dan analisis dokumen. Setelah melalui penyemakan dan kesahan pakar, keseluruhan dari hasil dapatan kajian wujud lapan tema utama iaitu empati, penemuan awal (discovery), memberi makna (interpretasi), idea, eksperimentasi, evolusi, pemikiran inovatif, dan pengalaman pemikiran reka bentuk. Terdapat dua kod baharu yang diperolehi iaitu Memilih Bahan yang Sesuai (MBYS) dan Memaksa Mengeluarkan Idea (MKS). Implikasi dapatan kajian boleh dijadikan panduan dan diaplikasikan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bidang Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan serta dalam kalangan pelajar sains dan teknikal di Institusi Pengajian Tinggi. Secara tidak langsung turut melahirkan lebih ramai pelajar IPT yang mempunyai ciri-ciri seorang usahawan yang kreatif dan inovatif serta mempunyai inisiatif untuk mengeluarkan lebih banyak inovasi produk di pasaran seterusnya membantu dalam meningkatkan daya saing ekonomi negara,Ph.D
Pages: 379
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127393+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.