Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488097
Title: | Amalan pengajaran solat dalam kalangan guru pendidikan islam |
Authors: | Zalmiza Zakariya (P88168) |
Supervisor: | Khadijah Abdul Razak, Dr. |
Keywords: | Islamic education Muslim teachers Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4-Dec-2021 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman konsep pengajaran solat, kaedah pengajaran solat, menghurai kaedah tunjuk cara solat guru, proses bimbingan solat dan cara guru mendekati murid sewaktu melaksanakan amalan pengajaran solat. Pendekatan kajian yang digunakan ialah pendekatan kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Enam orang Guru Pendidikan Islam telah dipilih berdasarkan teknik pensampelan bertujuan. Data dikumpulkan menerusi temu bual mendalam, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Perisian Atlas.ti 8.0 telah digunakan untuk mengurus data kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan kajian melibatkan triangulasi, tempoh pemerhatian yang lama (10 bulan), persetujuan peserta kajian, penelitian rakan sekerja, jejak audit, bias penyelidik dan nilai pekali Cohen Kappa. Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima komponen amalan pengajaran iaitu kefahaman guru terhadap konsep pengajaran solat, kaedah dan strategi pengajaran yang diamalkan oleh guru, model-model yang digunakan dalam kaedah tunjuk cara solat, pengetahuan guru dalam memberi bimbingan solat kepada murid dan cara yang digunakan oleh guru sewaktu mengendalikan pengajaran solat. Hasil kajian menunjukkan guru menggunakan lima kaedah pengajaran dalam pengajaran solat iaitu secara teori, secara amali, berpusatkan bahan dengan menampilkan penggunaan PAK21, inovasi dan pemilihan tempat pengajaran. Seterusnya, kajian mendapati terdapat dua faktor utama yang telah diaplikasi oleh guru untuk mendekati murid. Pertama, faktor dalam yang meliputi sikap guru, amalan guru, kemahiran dan pengalaman. Kedua, faktor luaran yang merangkumi motivasi dan persekitaran. Kefahaman konsep pengajaran solat telah mempengaruhi tindakan guru dan akan memudahkan isi kandungan pengajaran solat disampaikan secara lebih mendalam. Sebagai kesimpulan, menjadi tanggungjawab guru, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengambil kira implikasi-implikasi yang ditemui dalam usaha membentuk pengajaran solat berkesan yang mempunyai hubungan dengan kehidupan murid sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Islam iaitu kemenjadian murid melalui aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dapatan kajian ini memberi implikasi kepada cadangan keperluan diwujudkan satu bentuk garis panduan untuk pelaksanaan pengajaran solat.,Ph.D |
Pages: | 318 |
Call Number: | LC905.T42Z335 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126186+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.