Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488093
Title: Amalan pengurusan kualiti dan hubungannya dengan kualiti guru : kesan mediator kepimpinan transformasi pengetua
Authors: Mohd Rahimi A Rahman (P87889)
Supervisor: Mohamed Yusoff Mohd Nor, Dr.
Keywords: Amalan pengurusan kualiti
Pengetua -- Kepimpinan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Jan-2021
Description: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan bahawa pembangunan kualiti guru merupakan satu aspek yang perlu diambil berat bagi meningkatkan profesionalisme keguruan, kemenjadian murid dan keberkesanan sekolah. Namun, pembangunan kualiti guru secara mendadak mencetuskan pelbagai masalah terutama sekali dari aspek bebanan kerja guru, peningkatan kos, bebanan dokumentasi, kekangan masa dan kerja. Justeru, pelaksanaan amalan pengurusan kualiti merupakan salah satu kaedah yang dapat membangunkan kualiti guru dengan cekap dan berkesan. Namun, pembangunan kualiti guru juga memerlukan gaya kepimpinan transformasi pengetua bagi memastikan amalan pengurusan kualiti dapat diterima oleh guru dengan baik. Oleh itu, tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh amalan pengurusan kualiti terhadap kualiti guru selain mengenal pasti kesan kepimpinan transformasi sebagai mediator dalam hubungan amalan pengurusan kualiti dan kualiti guru di sekolah menengah. Di samping itu, kajian ini juga dilakukan bagi mengenal pasti cabaran dan cara mengatasi cabaran pelaksanaan amalan pengurusan kualiti di sekolah menengah. Untuk tujuan ini, seramai 423 orang guru sekolah menengah dijadikan responden utama melalui soal selidik. Manakala, seramai 5 orang guru dijadikan sebagai peserta temu bual untuk mendapatkan respon berkenaan cabaran pelaksanaan amalan pengurusan kualiti dan cara mengatasi cabaran tersebut. Dapatan kajian analisis korelasi Pearson dan analisis regresi menunjukkan terdapat hubungan positif dan pengaruh antara amalan pengurusan kualiti dan kualiti guru. Analisis Process Macro 3.0 pula menunjukkan terdapat kesan pengantaraan separa bagi kepimpinan transformasi pengetua dalam hubungan di antara amalan pengurusan kualiti dan kualiti guru. Manakala, pendidikan dan pendedahan merupakan cara yang berkesan bagi mengatasi masalah sikap, pengetahuan dan budaya dalam melaksanakan amalan pengurusan kualiti di sekolah. Implikasi perlaksanaan amalan ini amat besar kepada sekolah terutama sekali dari aspek kos dan pengurusan yang lebih bersistemaik. Ini tambah mewajarkan lagi pelaksanaan amalan pengurusan kualiti dan gaya kepimpinan transformasi bagi meningkatkan kualiti guru.,Ph.D
Pages: 324
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126183+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.