Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488090
Title: | Model penerokaan pemilihan kerjaya keguruan vokasional di Malaysia |
Authors: | Mohd Redzwan Abdul Mutalib (P90458) |
Supervisor: | Hamidah Yamat@Ahmad, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Vocational teachers Career choice Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 19-May-2021 |
Description: | Penerokaan pemilihan kerjaya merupakan satu proses yang sangat kompleks. Tanpa maklumat mengenai kerjaya sewaktu peringkat penerokaan pemilihan kerjaya keguruan, guru mengalami tekanan, 'burnout' serta tidak mendapat kepuasan kerjaya sewaktu bertugas. Maka, kajian ini bertujuan untuk membangunkan model penerokaan pemilihan kerjaya keguruan vokasional (MPPKKV) di Malaysia sebagai garis panduan pembangunan kerjaya dalam bidang keguruan vokasional serta menjadi rujukan untuk mendapatkan guru vokasional yang berkualiti. Kajian ini menggunakan kaedah rekabentuk tinjauan dengan tiga objektif kajian iaitu (i) mengenal pasti konstruk dan elemen model, (ii) membangunkan model seterusnya (iii) menentusahkan model yang dibangunkan. Soal selidik secara atas talian diedarkan kepada sampel yang terdiri daripada guru-guru cemerlang bidang vokasional (GCV) mengandungi 133 item faktor pemilihan kerjaya keguruan iaitu faktor pengaruh keluarga, sosial budaya, individu, sosioekonomi, situasi dan kerohanian. Persampelan bertujuan digunakan kerana kaedah ini berasaskan pemilihan sampel secara khusus dengan memfokuskan ke atas kelompok populasi ulung dalam kalangan guru. Seramai 20 orang GCV memberikan maklumbalas dalam kajian ini. Keputusan kajian berasaskan analisa model pengukuran Rasch diteruskan dengan perbincangan lima orang pakar yang terdiri dari pegawai BPTV, KPM bagi membentuk model dengan bantuan perisian ISM (Interpretasi Penstrukturan Model). Sementara, pengesahan MPPKKV menggunakan skor Indeks Pengesahan Kandungan (CVI) melibatkan tiga orang panel pakar dari KPM. Hasilnya, skor Skala-CVI (S-CVI) bagi keseluruhan item diinterpretasikan sebagai cemerlang dengan nilai 0.98 di peringkat menengah serta 0.99 di peringkat universiti dan graduan. Terdapat lima faktor yang telah disahkan bagi model MPPKKV iaitu faktor pengaruh keluarga, sosial budaya, individu, sosioekonomi dan kerohanian. Pengesahan model turut melibatkan 11 subfaktor bagi ketiga-tiga peringkat bersama 50 item untuk peringkat menengah, 74 item untuk peringkat universiti dan 71 item untuk peringkat graduan. MPPKKV adalah berbeza dengan model lain kerana penemuan faktor kerohanian sebagai salah satu konstruk utama bagi model pemilihan kerjaya keguruan yang lain. Hal ini berikutan, model lain memfokuskan kepada personaliti, minat kerjaya, nilai integriti dan kecerdasan emosi. Elemen kerohanian tidak mendapat tempat pada kajian-kajian lepas kerana terdapatnya penekanan teori perkembangan kerjaya memfokuskan kepada "person-environment fit" iaitu kemahiran, kebolehan, personaliti, minat kerjaya, nilai integriti dan kecerdasan emosi. Maka, faktor kerohanian dalam MPPKKV dapat memberi implikasi teori kepada model-model pengaruh pemilihan kerjaya keguruan. Oleh itu, MPPKKV dicadangkan kepada bahagian pengambilan guru vokasional di Malaysia ditambah sebagai salah satu alat dalam penilaian untuk memilih calon guru atau tenaga pengajar vokasional. Kajian juga dapat diteruskan dengan menghasilkan modul bimbingan pemilihan kerjaya keguruan vokasional berasaskan MPPKKV yang telah dihasilkan berikutan MPPKKV adalah setara dengan keperibadian dimiliki GCV.,Ph.D |
Pages: | 446 |
Call Number: | LC1047.85.M634 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126180+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.