Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488089
Title: Kesan modul modaliti terapi bemain terhadap kepintaran emosi kanak-kanak
Authors: Noor Haslinda Shuib (P71472)
Supervisor: Salleh Amat, Prof. Madya Dr.
Keywords: Emotions in children
Children psychology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Mar-2021
Description: Kajian ini merupakan kajian gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk meneroka masalah berkaitan kepintaran emosi kanak-kanak, teknik modaliti terapi bermain yang digunakan dan elemen terapeutik yang hadir ketika bermain. Maklumat tersebut digunakan untuk membina modul Modaliti Terapi Bermain (MTB) bagi meningkatkan kepintaran emosi kanak-kanak. Modul tersebut kemudian diuji keberkesanannya. Oleh itu metodologi kajian ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A memberikan tumpuan kepada pembinaan modul daripada perspektif pakar dan terdiri daripada empat fasa iaitu kajian keperluan modul, kajian kes pelbagai, kajian pembinaan modul dan kajian penilaian modul. Dapatan kajian bahagian A menunjukkan terdapat lapan tema terbentuk tentang masalah berkaitan kepintaran emosi kanak-kanak iaitu kesedaran emosi, kesedaran daya tindak, kesedaran semangat, kesedaran memahami, kesedaran sosial, kesedaran spiritual, kesedaran kehidupan dan kesedaran pemikiran. Selain itu, terdapat enam tema terbentuk berkaitan teknik modaliti terapi bermain iaitu menggunakan objek, metafora dan teknik bercerita, main peranan, seni kreatif, imejan dan fantasi serta permainan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat empat tema terbentuk berkaitan elemen terapeutik terapi bermain iaitu memudahkan komunikasi, meningkatkan hubungan sosial, menggalakkan kesejahteraan emosi dan meningkatkan kekuatan diri. Seterusnya bahagian B memberikan tumpuan kepada keberkesanan modul ke atas murid dengan menggunakan reka bentuk eksperimental tulen ujian prapasca dengan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Bahagian ini terdiri daripada dua fasa iaitu kajian rintis IKEM-K dan kajian keberkesanan modul. Dapatan kajian bahagian B pula menunjukkan terdapat perbezaan skor ujian pra dengan pasca kepintaran emosi untuk kumpulan rawatan. Ini bermakna terdapat peningkatan tahap kepintaran emosi dalam kalangan murid setelah menjalani modul MTB. Selain itu murid lelaki dan murid perempuan mengalami peningkatan tahap kepintaran emosi yang sama, manakala murid berumur 10 dan 11 tahun mengalami peningkatan tahap kepintaran emosi yang berbeza. Sepuluh orang peserta kumpulan rawatan yang ditemu bual berpandangan bahawa modul MTB membolehkan mereka memiliki pengetahuan baru, kefahaman diri, kesejahteraan diri, dorongan diri dan anjakan diri. Implikasi kajian ini adalah kepada kanak-kanak, GBK, stakeholder pendidikan dan institusi kekeluargaan. Justeru, modul MTB didapati berkesan dalam meningkatkan kepintaran emosi kanak-kanak melalui pengaplikasian bimbingan kelompok bagi mengatasi masalah yang dihadapi.,Ph.D
Pages: 453
Call Number: BF723.E6N636 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126179+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.