Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488081
Title: | Keberkesanan modul pemetaan konsep kolaboratif dan individu terhadap kemahiran berfikir kritis murid dalam sains |
Authors: | Fatin Azhana Abd Aziz (P61669) |
Supervisor: | Lilia Halim, Prof. Dr. |
Keywords: | Kemahiran berfikir Sains -- Pengajaran dan pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 11-Feb-2020 |
Description: | Kualiti kemahiran berfikir kritis murid dalam Sains merupakan masalah utama dalam sistem pendidikan Malaysia. Justeru itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan Modul Pemetaan Konsep Kolaboratif (Modul PKK) dan Modul Pemetaan Konsep Individu (Modul PKI) dalam meningkatkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis (KBK) Sains murid dalam bidang pembelajaran Udara, bagi mata pelajaran Sains Tingkatan Satu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen jenis "Reversed-Treatment Control Group" dengan penggunaan tiga kumpulan perbandingan iaitu kumpulan Rawatan PKK, kumpulan Rawatan PKI dan kumpulan konvensional (kawalan). Teknik persampelan bertujuan dilaksanakan terhadap murid-murid tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian bandar di sebuah daerah di negeri Selangor. Jumlah murid yang dipilih sebagai sampel kajian adalah seramai 189 orang murid. Data kajian ini diperoleh daripada Ujian KBK Sains yang mencakupi bidang pembelajaran Udara, yang ditadbir secara praujian dan pascaujian. Skor hasil peta konsep kumpulan Rawatan PKK dan Rawatan PKI dijadikan sebagai data sokongan dalam menguji keberkesanan modul-modul tersebut. Sampel kajian adalah homogen sebelum intervensi dilaksanakan. Keputusan ujian MANCOVA dua hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min skor pascaujian KBK Sains berdasarkan kumpulan pendekatan PKK, PKI dan konvensional, di mana, tahap penguasaan KBK Sains bagi kumpulan Rawatan PKK adalah lebih tinggi berbanding kumpulan Rawatan PKI dan konvensional (kawalan). Kumpulan Rawatan PKK lebih berkesan dalam meningkatkan lima elemen KBK Sains berbanding kumpulan kawalan iaitu membanding beza, membuat urutan, mengesan kecondongan, menilai dan membuat kesimpulan,. Kumpulan Rawatan PKK juga lebih berkesan dalam meningkatkan elemen KBK Sains mengesan kecondongan berbanding kumpulan Rawatan PKI. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min skor pascaujian KBK Sains berdasarkan jantina. Selain itu juga, tidak terdapat kesan interaksi antara min skor pascaujian KBK Sains berdasarkan kumpulan dan jantina. Keputusan ujian Mann Whitney U juga menunjukkan terdapat perbezaan min skor hasil peta konsep dimana kumpulan Rawatan PKK lebih tinggi berbanding kumpulan Rawatan PKI. Oleh itu, modul PKK adalah berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan KBK Sains murid dalam bidang pembelajaran Udara tanpa mengira jantina. Modul PKK boleh digunakan sebagai pendekatan alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains bagi meningkatkan KBK Sains murid.,Ph.D |
Pages: | 482 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126011+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 14.88 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.