Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488063
Title: Kajian pelaksanaan modul VJava bagi penilaian kebolehgunaan, motivasi dan pencapaian pelajar pendidikan tinggi kursus asas pengaturcaraan komputer
Authors: Marini Abu Bakar (P75428)
Supervisor: Muriati Mukhtar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pengaturcaraan komputer
Modul VJava
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Dec-2020
Description: Pengaturcaraan komputer merupakan elemen penting dalam era dunia yang sedang berhadapan dengan Revolusi Industri ke-4. Kursus pengaturcaraan komputer merupakan kursus yang mencabar bagi pelajar novis pendidikan tinggi. Kajian terdahulu menunjukkan pelajar novis sukar untuk memahami dan mengaplikasi konsep pengaturcaraan dalam menyelesaikan masalah. Kesukaran ini memberi kesan kepada motivasi belajar dan seterusnya mempengaruhi prestasi pelajar dalam kursus pengaturcaraan. Justeru, suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai perlu dibangunkan agar motivasi belajar pengaturcaraan berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan melaksana satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk modul pembelajaran VJava (Visual Java) yang dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar pendidikan tinggi kursus asas pengaturcaraan komputer. Modul VJava ini menggunakan pendekatan output visual dengan metodologi pengaturcaraan object-first. Modul ini melibatkan pembangunan pustaka perisian MJava yang boleh diintegrasi dalam atur cara pelajar bagi menghasilkan output visual dengan mudah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan, mereka bentuk dan membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran bagi kursus asas pengaturcaraan komputer yang dapat meningkatkan motivasi pelajar novis pendidikan tinggi, serta menilai modul dari aspek kebolehgunaan modul, motivasi belajar dan pencapaian pelajar. Kajian ini adalah bersifat pembangunan produk dilaksana secara sistematik berpandukan model reka bentuk pengajaran ADDIE dan metodologi kajian berbentuk kajian kuantitatif. Modul VJava menerapkan teori beban kognitif dan teori konstruktivisme dalam reka bentuk dan pembangunan modul. Model motivasi ARCS juga diterapkan dalam reka bentuk modul bagi memastikan modul yang dibangunkan mempunyai elemen motivasi. Modul VJava mengaplikasikan pembelajaran berasaskan contoh-masalah yang mana konsep asas pengaturcaraan disampaikan dengan contoh yang sesuai dan dihuraikan dengan kaedah jejak atur cara. Ini diikuti dengan latihan penyelesaiaan masalah yang banyak untuk meningkatkan kemahiran dalam pengaturcaraan. Modul VJava telah disemak dan disahkan oleh tiga orang pakar kandungan dan seorang pakar reka bentuk. Modul VJava dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran sebenar di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Peserta kajian terdiri daripada 182 orang pelajar yang mendaftar kursus Pengaturcaraan Komputer. Hasil penilaian modul mendapati tahap kebolehgunaan modul adalah tinggi, tahap motivasi belajar adalah tinggi dan tahap pencapaian hasil pembelajaran adalah tinggi. Sumbangan kajian ini adalah inovasi pengajaran dan pembelajaran untuk kursus pengaturcaraan, modul pembelajaran VJava dan instrumen kajian.,Ph.D.
Pages: 273
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125257+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.