Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488024
Title: | Pembangunan model reka bentuk produk berkualiti berasaskan Computer Aided Design (CAD) |
Authors: | Baharudin Saleh (P83713) |
Supervisor: | Mohamad Sattar Rasul, Prof. Madya Ts. Dr. |
Keywords: | Computer-aided design Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-May-2020 |
Description: | Reka bentuk produk adalah satu proses yang kompleks dan memerlukan spesifikasi bersistematik untuk menghasilkan reka bentuk produk berkualiti supaya kekal berdaya saing. Penghasilan reka bentuk produk berkualiti bagi memenuhi kehendak pengguna seperti elemen estetika (rupa bentuk produk, kemasan akhir dan fungsi produk) dan elemen ergonomik (keselesaan produk dan kebolehfungsian produk) masih perlu dipertingkatkan. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Reka Bentuk Produk Berkualiti Berasaskan Computer Aided Design (CAD) bagi pengajian program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bidang Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Pembinaan model ini bertujuan untuk memandu dan membantu pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan kualiti reka bentuk produk terhadap pelajar PISMP yang mengikuti bidang RBT. Kajian ini mengaplikasikan kajian reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research) yang melibatkan tiga fasa pembangunan model iaitu (i) analisis keperluan, (ii) reka bentuk dan pembangunan dan (iii) penilaian kebolehgunaan model. Fasa analisis keperluan berdasarkan keputusan panel pakar yang terdiri daripada 16 orang menerusi pendekatan Modified Delphi Technique (MDT). Fasa reka bentuk dan pembangunan model melibatkan dua sub fasa, iaitu fasa mengenal pasti elemen menerusi sembilan orang panel pakar dalam sesi perbengkelan Nominal Group Technique (NGT) ubah suai. Fasa pembangunan model, pendekatan Interpretive Structural Modeling (ISM) melalui undian oleh sembilan orang panel pakar. Fasa penilaian kebolehgunaan model berdasarkan kepada respon enam orang penilai (inter-rater) melalui borang soal selidik. Dapatan kajian analisis keperluan telah mengenal pasti sebanyak 75 elemen yang perlu disenaraikan sebagai elemen reka bentuk produk melalui Modified Delphi Technique (MDT).Seterusnya, sebanyak 71 elemen telah dipilih sebagai elemen dalam model menerusi sesi perbengkelan Nominal Group Technique (NGT) ubah suai. Kesemua elemen yang dipilih mengikut susunan keutamaan yang telah dinilai melalui undian oleh panel pakar menggunakan pendekatan ISM dengan bantuan perisian Concept Star. Model yang terbentuk terdiri daripada gabungan sepuluh komponen sub model iaitu model kajian maklumat, model spesifikasi, model penghasilan konsep, model lakaran, model pemilihan, model lukisan pemodelan 3 Dimensi, model lukisan terperinci, model penilaian kefahaman, model pemindahan idea dan model kualiti reka bentuk produk. Kesemua komponen sub model reka bentuk digabungkan dalam komponen utama iaitu keperluan, konsep, perincian dan penilaian reka bentuk produk bagi memperlihatkan keseluruhan proses berlaku secara pusingan yang berterusan. Fasa menentu sahkan kebolehgunaan model menunjukkan model yang dibangunkan ini mencapai satu standard yang sesuai untuk digunakan berdasarkan nilai antara penilai (inter-rater) yang tinggi diperoleh daripada barisan penilai.,Ph.D. |
Pages: | 374 |
Call Number: | TA174.B334 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120660+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.29 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.