Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488019
Title: Pembangunan perisian multimedia dwibahasa (IMSmartSAFETY) untuk pekerja asing bagi kursus keselamatan industri pembinaan Malaysia
Authors: Nurul Azita Salleh (P47068)
Supervisor: Norazah Nordin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Perisian Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan
Industri pembinaan
Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 28-Feb-2014
Description: Kajian ini bertujuan membangunkan prototaip Perisian Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan secara multimedia berdwibahasa sebagai media penyampaian maklumat alternatif kepada pekerja binaan warga Myanmar bagi membantu memahami maklumat yang disampaikan di dalam kursus. Kajian ini adalah mengenalpasti aspek pembangunan, membangunkan serta menilai perisian dari aspek kebolehbantuan dalam memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar di tempat kerja (tapak bina) berdasarkan perolehan pengetahuan atau maklumat serta tahap keupayaan kognitif pekerja binaan warga Myanmar dari segi pencapaian. Reka bentuk kajian terdiri daripada aspek pembangunan dengan menggunakan model ADDIE dan aspek penilaian pula melibatkan kaedah kajian menggunakan kajian kuantitatif yang disokong oleh kajian kualitatif. Manakala, responden kajian terdiri daripada kesemua pekerja binaan warga Myanmar yang melaksanakan kerja-kerja binaan di satu tapak projek di Kuala Lumpur dengan sampel dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling). Hasil kajian mendapati perisian IM-SmartSAFETY secara dwibahasa dapat membantu memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar di tapak bina apabila dapat mengetahui mengenai jenis-jenis serta kegunaan kelengkapan pelindung diri, peraturan keselamatan berkaitan kelengkapan pelindung diri, cara-cara pemakaian kelengkapan pelindung diri yang betul serta mengetahui mengenai kesan penggunaan kelengkapan pelindung diri ketika bekerja di tapak bina. Hasil kajian juga menunjukkan tahap keupayaan kognitif dari aspek pencapaian pekerja binaan warga Myanmar setelah menggunakan perisian IM-SmartSAFETY (ujian pos) adalah jauh lebih baik berbanding sebelum menggunakan perisian (ujian pra). Implikasi keupayaan perisian yang dibangunkan adalah melihat masalah bahasa dalam kalangan pekerja asing dapat ditangani dan kadar kemalangan di tapak bina dapat dikurangkan, perolehan pengetahuan pekerja binaan warga Myanmar mengenai maklumat keselamatan di tapak bina serta pengajaran dan cara penyampaian maklumat oleh tenaga pengajar kepada pekerja binaan warga Myanmar dapat dimantapkan, kesedaran pekerja binaan warga Myanmar mengenai bahaya dan prestasi keselamatan di tapak bina dapat dipertingkatkan serta satu panduan dan rujukan dapat disediakan kepada pembangun aplikasi multimedia. Sumbangan keseluruhan kajian pula melihat kepada penyediaan alat bantu mengajar yang bersifat dua hala, perisian yang membantu menangani isu masalah bahasa di dalam Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (KIKK) dan tapak bina, perisian yang dapat membantu memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar di tapak bina serta instrumen soal selidik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 428
Call Number: LB1028.3.N857 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119369+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.