Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488014
Title: | Kesan terapi bermain kognitif tingkah laku terhadap kemahiran membuat keputusan dan resilien pelajar pintar berbakat |
Authors: | Nor Hamizah Ab Razak (P85846) |
Supervisor: | Ku Suhaila Ku Johari, Dr. |
Keywords: | Gifted children -- Education Talented students Educational psychology Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Dec-2019 |
Description: | Pelajar Pintar Berbakat (PPB) adalah pelajar yang memiliki tahap kognitif yang tinggi, daya intetek yang tinggi, kebolehan interpersonal yang baik dan ciri-ciri yang unik. Namun, PPB juga turut dipengaruhi oleh faktor psikologi dan fisiologi yang menyumbang kepada isu sosial dan emosi serta memberi limitasi terhadap keupayaan membuat keputusan dan resilien. Dalam pada itu, elemen membuat keputusan dan resilien adalah diperlukan dalam usaha untuk PPB berhadapan dengan isu sosial dan emosi. Oleh itu, PPB memerlukan intervensi dan intervensi yang sesuai dengan PPB adalah menggunakan pendekatan yang selari dengan ciri unik mereka. Pendekatan terapi bermain merupakan pendekatan yang dikenal pasti memiliki elemen yang selari dengan ciri unik PPB. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan Terapi Bermain Kognitif Tingkah laku terhadap kemahiran membuat keputusan dan resilien PPB. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian eksperimen tulen jenis kumpulan kawalan rawak ujian pra, ujian pasca dan ujian susulan. Populasi kajian ini adalah semua PPB, Program PERMATA Insan. Pelajar yang memenuhi ciri kajian telah dipilih berdasarkan persampelan rawak berpasangan iaitu Kumpulan Eksperimen (KE) n=32 dan Kumpulan Kawalan (KK) n=32. Sampel kajian KE diberikan rawatan menggunakan Modul Terapi Bermain Kognitif Tingkah laku (Modul TBKT), manakala KK tidak diberikan rawatan. Soal selidik yang digunakan adalah Assessing Decision Making Skills dan Skala Daya Tahan Remaja. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, MANOVA Pengukuran Berulangan MANOVA Satu Hala dan ANCOVA Satu Hala. Keputusan analisis deskriptif mendapati pekali kesahan keseluruhan modul dan berdasarkan sub modul dan aktiviti serta kebolehpercayaan adalah tinggi. Sementara, tahap kemahiran membuat keputusan dan resilien PPB, Program PERMATA Insan adalah sederhana. Manakala, keputusan MANOVA Pengukuran Berulangan mendapati KE berkesan dalam meningkatkan kemahiran membuat keputusan dan resilien termasuk terhadap semua sub skala. Di samping itu, dapatan ujian susulan menunjukkan berlaku ketekalan dan kestabilan pemboleh ubah kemahiran membuat keputusan dan semua sub skala. Begitu juga berlaku ketekalan dan kestabilan pemboleh ubah resilien dan semua sub skala. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak Kolej PERMATA Insan untuk merangka program yang melibatkan elemen membuat keputusan dan resilien terhadap PPB. Selain itu, kaunselor di Kolej PERMATA boleh mengaplikasikan Modul TBKT yang menggunakan pendekatan terapi bermain sebagai intervensi dalam kelompok bimbingan kaunseling. Di samping itu, dapatan juga membuka ruang baru dalam penerokaan pendekatan terapi bermain untuk digunakan dalam pelaksanaan program terhadap PPB. Cadangan kepada kajian lanjutan hendaklah turut melibatkan PPB Program PERMATApintar Negara®. Selain itu, fokus kajian lanjutan juga adalah dengan membuat perbandingan kesan Modul TBKT dengan intervensi lain yang berkaitan serta melanjutkan tempoh bagi pentadbiran ujian susulan.,Ph.D. |
Pages: | 371 |
Call Number: | LC3993.N647 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118592+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 906.88 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.