Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488011
Title: Pembangunan model program Pusat Pembelajaran Komuniti Lestari (PPPKL) orang Asli berasaskan persekitaran lokal
Authors: Mazzlida Mat Deli (P79287)
Supervisor: Ruhizan Mohd. Yasin, Prof. Dr.
Keywords: Indigenous peoples -- Education -- Malaysia
Indigenous peoples -- Government policy -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Feb-2020
Description: Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Model Program Pusat Pembelajaran Komuniti Lestari (PPPKL) Orang Asli yang berasaskan persekitaran lokal. Kajian ini menggunakan kaedah Kajian Rekabentuk dan Pembangunan (Design and Development Research Approach, DDR) melalui pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Berpandukan rekabentuk DDR, kajian ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu Fasa I: Analisis Keperluan, Fasa II: Reka bentuk dan Pembangunan Model, dan Fasa III: Penilaian Kebolehgunaan Model. Pemilihan peserta bagi ketiga-tiga fasa adalah secara bertujuan berdasarkan kriteria yang dikenalpasti dan diperlukan untuk memenuhi keperluan kajian. Fasa pertama ialah fasa analisis keperluan dengan menggunakan teknik temu bual separa berstruktur terhadap 17 orang peserta kajian yang terdiri daripada sembilan Orang Asli dan lapan orang guru yang mengajar komuniti Orang Asli. Data yang diperoleh dianalisa secara manual bagi menghasilkan tema-tema bagi membentuk komponen dan elemen model yang akan dibangunkan.Tema yang terhasil adalah kekangan yang dihadapi dari segi peribadi, keluarga dan kemudahan asas, Tema Keperluan Pembelajaran dan Tema Langkah Peningkatan Penerimaan. Dapatan keseluruhan dari Fasa I menunjukkan bahawa tiada latihan pendidikan yang khusus bagi sesuatu program yang dianjurkan secara langsung, maka kajian ini adalah amat diperlukan. Fasa II menggunakan pendekatan Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuai (Modified NGT dan Interpretive Structural Modelling (ISM) untuk membangunkan model berdasarkan pandangan dan keputusan panel pakar yang terdiri daripada 10 orang pakar. Interpretasi data bagi pendekatan NGT dan ISM adalah melibatkan kesepakatan pakar terhadap kedudukan elemen setiap komponen utama dari aspek kuasa memandu (driving power) dan kuasa pergantungan (dependence power). Hasil daripada Fasa II ini adalah empat komponen utama model iaitu Objektif Program yang mempunyai enam elemen, Pengisian Program yang mempunyai lapan elemen, Pelaksanaan Program yang mempunyai enam elemen dan Penilaian Program yang mempunyai lima elemen. Fasa III iaitu fasa penilaian kebolehgunaan melalui kaedah temu bual telah melibatkan seramai lapan orang Orang Asli dan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik melibatkan 15 Orang Asli menjadikan peserta bagi fasa penilaian ini adalah seramai 23 orang. Model ini menjadi panduan untuk pembangunan modul untuk pengisian latihan di pusat ini. Aspek yang ditekankan adalah pengenalan kepada PPK, pendedahan kepada konsep asas tenaga solar, latihan penggunaan aplikasi tenaga solar menggunakan kit pembelajaran solar dan aspek keselamatan penggunaan alatan. Data daripada temu bual telah menghasilkan Tema Manfaat, Tema Jangkaan Sebelum, Tema Pandangan Selepas, dan Tema Kekuatan dan Kelebihan model. Analisis kebolehgunaan menunjukkan kesemua komponen utama dan elemen model adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Model PPPKL dapat diaplikasikan dalam memenuhi keperluan khas pendidikan komuniti Orang Asli sekaligus membawa kepada wawasan masa depan melalui transformasi sikap dan pengekalan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.,Ph.D.
Pages: 376
Call Number: GN635.M4M339 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118575+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.