Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487993
Title: | Hubungan personaliti, personaliti pro aktif dan kraf kerja terhadap pemupukan kreativiti dalam pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah di Malaysia |
Authors: | Hashimah Md Yusoff (P83172) |
Supervisor: | Isa Hamzah, Dr. |
Keywords: | Creative teaching -- Malaysia Creative thinking in children -- Malaysia Islamic education -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 9-Dec-2019 |
Description: | Guru Pendidikan Islam perlu menguasai beberapa aspek kemahiran dalam pedagogi terutama yang melibatkan pengajaran yang memupuk kreativiti selari dengan hasrat negara untuk menyediakan generasi yang kreatif dan inovatif. Komitmen guru Pendidikan Islam dilihat amat perlu bagi melaksanakan kaedah dan strategi pengajaran yang kreatif dalam acuan Islam selari dengan Falsafah Pendidikan Islam yang berteraskan penghayatan beragama. Justeru, kajian ini akan melihat faktor-faktor yang boleh meningkatkan pemupukan kreativiti dalam pengajaran guru dengan mengenal pasti hubungan struktural antara personaliti, kraf kerja dan pemupukan kreativiti. Faktor personaliti dibina dengan empat sub dimensi iaitu 'bersifat terbuka', 'mempunyai kesedaran', 'bersifat sosial' dan 'personaliti proaktif'. Pemboleh ubah kraf kerja merupakan percubaan baharu yang diujicuba dalam bidang pedagogi. Seramai 505 responden dalam kalangan guru Pendidikan Islam terlibat dalam kajian ini melalui pensampelan secara rawak berstrata dari seluruh Malaysia. Satu set soal selidik yang mengandungi 121 item berskala Likert lima mata digunakan sebagai instrumen bagi fasa pemerolehan data. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis komponen prinsipal melalui perisian IBM SPSS Statistics 24. Manakala AMOS versi 24 digunakan bagi model persamaan struktural, analisis laluan dan analisis faktor kesahan (CFA) bagi menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p<.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif antara pemboleh ubah Bersifat Terbuka, Mempunyai Kesedaran dan Personaliti Proaktif dengan Kraf Kerja. Namun begitu, keempat-empat dimensi personaliti tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pemupukan kreativiti. Dapatan kajian turut mengenal pasti bahawa kraf kerja merupakan faktor pengantara penuh yang menghubungkan antara personaliti dengan pengajaran yang memupuk kreativiti. Akhirnya, berdasarkan dapatan kajian ini, penambahbaikan dan perubahan daripada aspek reka bentuk aktiviti, latihan dan pendekatan pengajaran boleh dinilai semula dengan memasukkan fungsi kraf kerja. Implikasi utama kajian ini adalah Kraf Kerja telah dibuktikan sangat signifikan meramal kelangsungan dan kemenjadian sesuatu tugasan yang diberikan. Guru Pendidikan Islam juga perlu mempunyai kesedaran, ciri proaktif dan bersedia menerima perubahan ke arah merealisasikan generasi kreatif dan inovatif.,Ph.D. |
Pages: | 326 |
Call Number: | LB1044.88.H337 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117317+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 197.97 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.