Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487990
Title: | Pembangunan indikator, kerangka dan pelan tindakan keterlibatan industri dalam pelaksanaan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Malaysia |
Authors: | Sariyah Adam (P78293) |
Supervisor: | Mohamad Sattar Rasul, Prof. Madya Ts. Dr. |
Keywords: | Vocational education -- Malaysia Occupational training -- Malaysia Industries -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 9-Jun-2019 |
Description: | Penekanan terhadap Program Transformasi Vokasional dan Teknikal (TVET) dalam Bajet 2015 merupakan isyarat awal bahawa bidang latihan kemahiran akan menjadi pendidikan arus perdana di negara ini. Mentransformasi TVET merupakan salah satu daripada pemacu perubahan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas, RMK-11 (2016-2020). Bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global merupakan elemen yang dititikberatkan. Sejajar untuk memenuhi keperluan semasa pihak industri, pembangunan modal insan Malaysia yang berkemahiran menerusi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2005. Walau bagaimanapun setelah 14 tahun program SLDN dilaksanakan, keterlibatan industri masih lagi rendah. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti indikator keterlibatan industri serta membangunkan kerangka keterlibatan industri dan seterusnya mencadangkan pelan tindakan kepada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi menggalakkan keterlibatan pihak industri dalam pelaksanaan program SLDN. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah Kajian Delphi. Seramai 15 peserta kajian yang terdiri daripada wakil industri (GLC, MNC, SMI), wakil pusat latihan awam dan swasta serta wakil daripada JPK telah dilibatkan dalam kajian ini. Kajian Delphi telah dijalankan dalam tiga pusingan bagi mendapatkan kesepakatan dalam pembentukan indikator keterlibatan industri. Data di analisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan Julat Antara Kuartil (JAK) bagi mendapatkan kesepakatan dalam proses membina item instrumen soal selidik melalui Kajian Delphi. Sebanyak 5 tema, 17 sub tema, 56 kod dan 61 item instrumen telah terbentuk dan dikenal pasti yang kesemuanya telah memberi gambaran indikator keterlibatan industri dalam program SLDN. Seterusnya daripada indikator yang telah dikenalpasti, pengkaji telah membangunkan kerangka dan seterusnya menghasilkan cadangan pelan tindakan sebagai panduan kepada pihak JPK untuk menggalakkan penyertaan pihak industri dalam program SLDN.,Ph.D. |
Pages: | 320 |
Call Number: | LC1047.M4S237 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117314+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.