Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487987
Title: | Penilaian kualiti perkhidmatan fasiliti sukan Universiti Awam di Malaysia |
Authors: | Nor Eeza Zainal Abidin (P59572 ) |
Supervisor: | Tajul Arifin Muhamad, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Sports facilities -- Malaysia College sports -- Management Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4-Nov-2019 |
Description: | Kajian ini menilai kualiti perkhidmatan fasiliti sukan yang disediakan di Universiti Awam di Malaysia. Dua instrumen penilaian digunakan dalam kajian ini, iaitu Recreational Facilities Audit Tool (RecFAT) oleh Lee, Macfarlane dan Cerin (2013) yang bertujuan menilai ciri-ciri fasiliti dan keberkesanan penggunaannya serta mengadaptasi model kualiti perkhidmatan Service Performance (SERVPERF) oleh Cronin dan Taylor (1992) yang mengukur kualiti berdasarkan lima dimensi. Sampel terdiri daripada 447 orang pelajar atlet dari 20 buah Universiti Awam di Malaysia. Kajian ini menggunakan soal selidik yang terdiri daripada 89 item dalam tiga bahagian, iaitu penilaian fasiliti, kualiti perkhidmatan dan tahap kepuasan pengguna. Instrumen kajian adalah berbentuk skala Likert dan telah melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan yang disesuaikan dengan konteks tempatan. Data dianalisis secara dua peringkat: analisis deskriptif dan analisis inferensi pada aras signifikan 0.05. Dapatan kajian menunjukkan tahap penilaian pengguna terhadap fasiliti sukan secara keseluruhannya adalah tinggi iaitu skor min purata 3.48. Lima aspek dengan tahap penilaian yang tinggi adalah kebolehcapaian, keselamatan, persekitaran, pengurusan dan ketersediaan fasiliti dan peralatan sukan. Manakala tiga aspek dengan tahap sederhana adalah aspek keadaan tandas atau bilik persalinan, polisi dan ketersediaan fasiliti sokongan. Bagi pengukuran kualiti perkhidmatan pula, tahap penilaian pengguna adalah tinggi dimana nilai min ialah 3.51 dan kelima-lima dimensi mendapat tahap penilaian yang tinggi. Secara turutan tertinggi adalah dimensi sifat ketaraan, diikuti oleh empati, jaminan, kebolehpercayaan dan responsif. Penilaian tahap kepuasan pengguna sebaliknya mendapat penilaian sederhana. Analisis ANOVA terhadap tahap kepuasan pengguna berdasarkan kategori universiti menunjukkan tidak ada perbezaan signifikan antara Universiti Penyelidikan, Universiti Berfokus dan Universiti Komprehensif. Begitu juga tiada perbezaan tahap kepuasan pengguna berdasarkan jenis fasiliti sukan iaitu tertutup (indoor) dan terbuka (outdoor). Ujian analisis kolerasi pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan, positif dan kuat di antara penilaian fasiliti dengan kualiti perkhidmatan iaitu r(445)=0.759, p=0.000. Analisis regresi stepwise yang dijalankan menunjukkan lima aspek penilaian fasiliti merupakan varian signifikan yang memberikan pengaruh terhadap kualiti perkhidmatan iaitu aspek ketersediaan fasiliti dan peralatan sukan, aspek pengurusan, aspek keselamatan, aspek kebolehcapaian dan aspek keadaan tandas atau bilik persalinan. Instrumen Pen gukuran Fasiliti Sukan Universiti (UniSFM) dibangunkan hasil daripada dapatan kajian. UniSFM dapat menilai tahap kecukupan dan ciri ciri sesebuah fasiliti sukan di Universiti Awam Malaysia.,Ph.D. |
Pages: | 213 |
Call Number: | GV401.N634 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117306+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 125.74 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.