Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487979
Title: Tahap kemahiran dan keyakinan peribadi jemaah nazir jaminan kualiti dan hubungannya dengan kepakaran menilai kualiti pengurusan sekolah
Authors: Mohd Idrus Kadir (P38928)
Supervisor: Mohammed Sani Haji Ibrahim, Dr.
Keywords: School management and organization
School management and organization -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-May-2012
Description: Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan keyakinan peribadi dalam kalangan 164 orang Nazir Sekolah (Nazir) di Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) dari seluruh negara dalam menilai kualiti pengurusan sekolah. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik berasaskan model kompetensi Aisberg. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 16. Analisis deskriptif menunjukkan; (1) tahap amat tinggi bagi kemahiran dan keyakinan dalam aspek kompetensi peribadi Nazir. (2) tahap amat tinggi kepakaran Nazir dalam menilai kualiti pengurusan sekolah khususnya dalam menilai pengurusan kurikulum, menilai kepimpinan organisasi, menilai kokurikulum, dan menilai pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM). Analisis Varians Multivariat (MANOVA) menunjukkan; (1) perbezaan yang signifikan antara kemahiran Nazir menilai kualiti pengurusan sekolah daripada aspek pengurusan kepimpinan organisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan pengurusan HEM berdasarkan pengalaman penaziran. (2) tiada perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran dan keyakinan peribadi Nazir dengan kepakaran menilai kualiti pengurusan sekolah. Ujian menunjukkan korelasi positif antara tahap kemahiran dan keyakinan kompetensi peribadi Nazir dengan tahap kepakaran menilai kualiti pengurusan sekolah. Analisis regresi menunjukkan ada sumbangan signifikan tahap kemahiran kompetensi peribadi kepada tahap kepakaran menilai pengurusan sekolah dalam memberi khidmat profesional dan mengurus diri. Rumusannya, JNJK hendaklah berusaha gigih memastikan tahap kompetensi sebahagian besar Nazir yang berada di bawah skor min ditingkatkan agar kewibawaan mereka menaziri sukar dipersoalkan oleh mana-mana pihak.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 344
Call Number: LB2805.M835 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114498+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.