Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487960
Title: Model pembangunan kompetensi teknousahawan lulusan kejuruteraan mekanikal di kolej vokasional (KV)
Authors: Romy Abd Kadir (P62353)
Supervisor: Nor Aishah Buang, Prof. Dr.
Keywords: High technology industries
Vocational education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-May-2019
Description: Kajian ini bertujuan meneroka model kompetensi teknousahawan pelajar lepasan pendidikan teknik dan vokasional yang mempunyai kemahiran. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif. Pemilihan peserta kajian berdasarkan persampelan bertujuan bagi mendapatkan pemahaman mendalam dan terperinci tentang fenomena yang dikaji. Seramai sembilan orang teknousahawan yang mendapat pendidikan teknik dan vokasional terlibat dalam kajian ini. Data verbatim temubual merupakan data utama yang disokong oleh data pemerhatian dan analisis dokumen. Proses penganalisisan dan pengumpulan data dijalankan secara serentak dan berterusan sehingga data mencapai tahap ketepuan. Analisis data menggunakan kaedah perbandingan secara berterusan. Semua data dianalisis menggunakan perisian N'Vivo 12.0 bagi mendapatkan tema dan sub-sub tema. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan kompetensi teknousahawan yang menjadi pola adalah dalam aspek tingkahlaku, sikap, personaliti, fasa permulan, fasa persediaan, fasa perkembangan, fasa kejayaan, dorongan dalaman, dorongan luaran, kekuatan kerohanian dan kekuatan pengurusan. Pola-pola dapatan kajian ini menghasilkan lima model kompetensi teknousahawan iaitu Model Pembentukan Kompetensi Ciri-ciri Teknousahawan, Model Pembentukan Kompetensi Pengalaman Teknousahawan, Model Pembentukan Kompetensi Faktor-faktor Pendorong Teknousahawan, Model Pembentukan Kompetensi Kekuatan Teknousahawan dan Model Kompetensi Teknousahawan Pelajar Lepasan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Implikasi dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan kepada semua pihak khususnya Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kolej Vokasional, Institut Latihan Kemahiran Awam, Institut Latihan Kemahiran Swasta dan para pendidik untuk memperbaiki dan meningkatkan kurikulum dan latihan serta pembentukan teknousahawan secara bersepadu sesuai dengan transformasi pendidikan teknik dan latihan vokasional.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 353
Call Number: LC1043.R636 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110164+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.