Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487952
Title: | Penilaian pelaksanaan kurikulum pengajaran akidah Pendidikan Islam dan amalan kemahiran berfikir kritis serta analitikal di sekolah menengah |
Authors: | Mohamad Maliki Ali (P47713) |
Supervisor: | Maimun Aqsha Abdin Lubis, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Islam -- Study and teaching -- Malaysia Islamic education -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Nov-2019 |
Description: | Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai pelaksanaan kurikulum akidah dalam Pendidikan Islam dan amalan kemahiran berfikir secara kritis serta analitikal di sekolah menengah kebangsaan (SMK). Pelaksanaan kurikulum akidah dalam Pendidikan Islam dinilai berdasarkan empat (4) aspek, iaitu aspek konteks yang merangkumi keperluan, matlamat, objektif dan kerelevanan kurikulum akidah dalam Pendidikan Islam KBSM. Aspek kedua yang dinilai ialah pengetahuan Guru Pendidikan Islam (GPI) tentang kandungan kurikulum, peruntukan masa dan bahan bantu mengajar. Aspek ketiga, iaitu proses meliputi strategi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) di dalam bilik darjah, kaedah, teknik, penekanan terhadap pengajaran berfokuskan kemahiran berfikir secara kritis, aktiviti kemahiran berfikir, bahan bantu mengajar, serta aspek dan kedah penilaian pengajaran. Aspek yang keempat ialah produk, iaitu impak PdPC, keberkesanan, kemampanan dan kebolehpindaan dalam PdPC. Data kajian dikumpul melalui soal selidik guru, soal selidik pelajar, temu bual dan pemerhatian. Responden yang terlibat terdiri daripada 1559 orang pelajar dan 360 orang guru dari SMK. Data kajian telah dianalisis secara statistik deskriptif. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua aspek yang dinilai berada pada tahap pelaksanaan yang tinggi. Aspek produk dengan empat (4) domain berada pada tahap pelaksanaan yang paling tinggi, diikuti oleh aspek konteks dengan empat (4) domain, aspek input dengan tiga (3) domain dan aspek proses dengan tujuh (7) domain. Domain impak terhadap PdPC dalam penilaian aspek produk menunjukkan min yang sangat tinggi. Domain yang lain seperti domain penilaian keberkesanan serta kemampanan dalam PdPC serta kebolehpindaan dalam PdPC juga berada pada tahap pelaksanaan yang tinggi. Walau bagaimanapun, berdasarkan persepsi pelajar, hanya dua (2) aspek sahaja yang menunjukkan tahap pelaksanaan yang tinggi, iaitu aspek konteks dan input. Aspek proses pada pada tahap pelaksanaan yang sederhana. Temu bual dengan lima (5) orang GPI dan tujuh (7) orang pelajar serta pemerhatian berstruktur turut digunakan bagi memperoleh data kuantitatif untuk penilaian aspek proses bagi menghuraikan data kuantitatif. Implikasi dapatan kajian ini ialah aspek akidah dan pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal perlu diberi penekanan dalam pengajaran guru bagi melahirkan pelajar yang beriman terhadap Allah SWT. Selain itu, dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja mempunyai pegangan akidah yang kukuh malah mempunyai aras pemikiran akidah yang kritis dan analitikal terhadap keagungan dan kebesaran Allah SWT berpandukan al-Quran dan al-Hadis.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. |
Pages: | 330 |
Call Number: | BP43.M4M8489 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109130+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.