Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487943
Title: Pengaruh Pentaksiran Kendalian Sekolah untuk Pembelajaran (SBAfL) terhadap gaya pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam di negara Brunei Darussalam
Authors: Norwati Hj. Abu Bakar (P61663)
Supervisor: Mohd Isa Hamzah, Dr.
Keywords: Educational evaluation -- Brunei
Islam -- Study and teaching -- Brunei
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Jan-2019
Description: Kajian ini bertujuan meneliti kefahaman guru Pendidikan Islam (GPI) terhadap Pentaksiran kendalian Sekolah untuk Pembelajaran (SBAfL); menerokai amalan pelaksanaan pentaksiran GPI apabila SBAfL diimplementasikan; mengenal pasti pengaruh SBAfL terhadap gaya pengajaran GPI dan mengenal pasti pengaruh SBAfL terhadap pembelajaran pelajar menurut perspektif GPI. Kajian ini merupakan kajian fenomenologi yang menggunakan pendekatan kualitatif. Tujuh orang peserta telah dipilih dalam kajian ini secara persampelan bertujuan. Data diperoleh melalui i) kaedah temu bual secara mendalam, ii) pemerhatian langsung di bilik darjah secara non-participant dan iii) bukti dokumen. Aspek kesahan dan kebolehpercayaan data dibuat melalui proses triangulasi, tempoh pemerhatian yang lama, persetujuan peserta kajian, penelitian rakan sebaya, dan bias pengkaji, kedudukan pengkaji, pengesahan pakar dan pencapaian penilaian pakar melalui Cohen Kappa. Dalam menjana tema dan sub-tema data dianalisis dengan bantuan perisian Atlas.ti 7.5.9. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman GPI terhadap SBAfL merangkumi dua kompenan besar, iaitu kefahaman dari segi definisi SBAfL dan kefahaman terhadap kelebihan SBAfL. GPI memahami bahawa SBAfL sebagai pentaksiran berterusan, pentaksiran berfokus / berkriteria, pentaksiran tergabung dalam pengajaran dan pembelajaran dan penilaian formatif. Kelebihan pelaksanaan SBAfL dibahagikan kepada dua, iaitu kelebihan terhadap pengajaran dan kelebihan terhadap pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan kelebihan pelaksanaan SBAfL terhadap pengajaran adalah memudahkan pengajaran guru, membolehkan guru mengubah suai pengajaran dan SBAfL sebagai sumber reka bentuk pengajaran. Kelebihan pelaksanaan SBAfL terhadap pembelajaran pula adalah membolehkan guru memantau pencapaian pelajar dan mengenal pasti kemahiran pelajar. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan pentaksiran GPI setelah SBAfL diimplementasikan melibatkan kongsi sama objektif, jelaskan objektif, bina aktiviti, maklum balas (lisan dan bukan lisan) dan penilaian (penilaian kendiri dan rakan sebaya). Seterusnya, pengaruh SBAfL terhadap gaya pengajaran GPI merangkumi 9 perkara, iaitu peranan guru, sikap guru, interkasi pelajar, pengajaran berpusatkan pelajar, penggunaan pelbagai kaedah, kepelbagaian aktiviti, pengajaran sistematik, menarik minat dan bimbingan berterusan. Pengaruh SBAFL terhadap pembelajaran pula melibatkan 9 perkara, iaitu penguasaan bahan pelajaran, meningkatkan pencapaian akademik, pembelajaran aktif, menguji pelbagai kemahiran, belajar dari kesilapan, pemberian pelbagai tugasan, sikap pelajar, pelajar terlibat dalam mentaksir dan membimbing rakan sebaya. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa SBAfL memberi pengaruh yang positif terhadap gaya pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam. Oleh yang demikian adalah diharapkan supaya SBAfL ini diperkasakan pelaksanaannya dalam semua peringkat persekolahan.,Ph.D.
Pages: 325
Call Number: LB2822.75.N678 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108334+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.