Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487930
Title: | Penilaian Program Latihan Asas Nazir Sekolah |
Authors: | Wan Huzaini Wan Husain (P66612) |
Supervisor: | Norasmah Othman, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Nazir Teachers -- In-service training -- Malaysia |
Issue Date: | 7-Jun-2018 |
Description: | Kajian penilaian ini menggunakan Model Penilaian Kirkpatrick untuk menilai Program Latihan Asas Nazir Sekolah (PLANS) di Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Kajian ini memfokuskan tiga tahap penilaian iaitu reaksi, pembelajaran (pengetahuan, kemahiran dan sikap) dan tingkah laku sahaja. Kajian ini menggunakan reka bentuk ex post facto yang melibatkan pengumpulan data kuantitatif diikuti dengan data kualitatif. Responden kajian tinjauan terdiri daripada 84 Nazir Baharu yang telah mengikuti Kursus Orientasi Penaziran dan Program Mentor Mentee pada tahun 2011 hingga 2014 dan 11 responden untuk menjawab soalan temu bual secara bersemuka. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan program SPSS Windows versi 22.0 untuk menentukan frekuensi, peratusan dan skor min manakala data kualitatif pula dianalisis secara bertema. Dapatan kajian menunjukkan penilaian reaksi terhadap PLANS secara keseluruhan berada pada tahap tinggi. Penilaian pembelajaran (pengetahuan, kemahiran, sikap) dan penilaian tingkah laku pula menunjukkan secara keseluruhannya berada pada tahap sangat tinggi. Dapatan temu bual dan soalan item hujung terbuka berkaitan kekangan yang dihadapi oleh Nazir Baharu, mentor dan pihak pengurusan JNJK terhadap PLANS mendapati faktor masa yang singkat, kemahiran penaziran, kaedah bimbingan, latihan secara hands on, kandungan kursus dan peruntukan kewangan merupakan antara kekangan yang dihadapi. Dapatan kajian mencadangkan aspek penambahbaikan terhadap PLANS meliputi simulasi pemeriksaan, latihan penulisan dapatan, merombak kurikulum latihan, kursus/latihan untuk mentor adalah satu keperluan. Dapatan kajian juga menunjukkan kaedah demonstrasi, memperkenalkan organisasi dan skop tugas, memperkenalkan prosedur dan bimbingan aspek komunikasi adalah kaedah yang biasa digunakan oleh mentor ketika membimbing nazir baharu. Dapatan kajian mendapati Nazir Baharu, mentor dan pihak pengurusan JNJK bersependapat bahawa secara keseluruhannya PLANS berjaya mencapai objektif. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan supaya PLANS diteruskan dengan penambahbaikan dalam aspek yang dicadangkan untuk melahirkan Nazir Sekolah yang mempunyai tahap kompetensi tinggi.,Ph.D. |
Pages: | 391 |
Call Number: | LB1731.W343 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_101390+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 15.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.