Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487927
Title: Pelaksanaan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (KSSR) dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman jati diri warganegara Malaysia
Authors: Zunaida Zakaria (P74224)
Supervisor: Abdul Razak Ahmad, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Jati diri
History -- Study and teaching -- Malaysia
Issue Date: 7-Mar-2018
Description: Kajian ini bertujuan untuk meninjau perspektif guru dan murid tentang perlaksanaan Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah (KSSR) dalam pembentukan jati diri murid sebagai warganegara Malaysia. Perspektif guru ditinjau dari aspek sokongan persekitaran, pengetahuan dan perlaksanaan kurikulum sejarah. Manakala, perspektif murid pula adalah berkaitan dengan sejauh mana proses pelaksanaan pengajaran guru sejarah dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman jati diri murid sebagai warganegara Malaysia. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik yang melibatkan sampel seramai 800 orang guru dan 1920 orang murid yang dipilih secara berstrata dan rawak mudah dari sekolah rendah di Semenanjung Malaysia. Analisis data menggunakan SPSS 2.0 yang melibatkan analisis statistik deskriptif (min dan sisihan lazim) dan inferensi (MANOVA dan Regrasi). Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Cronbach Alpha menunjukkan keseluruhan item bagi setiap konstruk berada di tahap kebolehpercayaan tinggi iaitu di antara 0.8 dan 0.9. Hasil dapatan kajian menunjukkan keseluruhannya tahap sokongan persekitaran, pengetahuan dan pelaksanaan kurikulum sejarah dari perspektif guru hanya berada di tahap sederhana. Analisis MANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan aspek pengetahuan guru dan perlaksanaan Kurikulum Sejarah berdasarkan pengalaman mengajar dan bidang pengkhususan guru. Hasil analisis regrasi pula menunjukkan faktor pengajaran berasaskan kemahiran pemikiran sejarah merupakan faktor yang dominan terhadap pengetahuan dan kefahaman jati diri murid sebagai warganegara Malaysia pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sejarah. Manakala, bagi perspektif murid pula tahap penerimaan pelaksanaan guru dalam menerapkan pengetahuan dan kefahaman jati diri murid dalam mata pelajaran sejarah keseluruhannya pembelajaran sejarah dan amalan jati diri murid secara keseluruhannya hanya berada di tahap sederhana tinggi. Namun begitu, penerimaan murid bagi aspek penggunaan bahan bantu mengajar guru hanya berada di tahap yang sederhana. Manakala analisis MANOVA dua hala pula menunjukkan sebahagiannya terdapat kesan interaksi pengetahuan dan kefahaman jati diri murid berdasarkan jantina dan etnik. Bagi analisis regrasi pula menunjukkan kemahiran pemikiran sejarah, penilaian berterusan dan kaedah pengajaran sejarah efektif guru sejarah merupakan faktor yang memberi sumbangan signifikan terhadap pengetahuan dan kefahaman jati diri murid sebagai warganegara Malaysia. Implikasi kajian menunjukkan guru perlu menggunakan pendekatan pelbagai dan lebih kreatif dan berinovasi sesuai dengan keperluan murid bagi menjamin minat dan keberkesanaan dalam meningkatkan terhadap pengetahuan dan kefahaman jati diri murid dalam menjadikan mata pelajaran Sejarah yang lebih menarik dan memudahkan proses penerapan amalan jati diri murid sebagai warganegara Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 298
Call Number: D16.4.M4Z843 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101388+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.75 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.